top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kempen 12.12: Shoppee Dilawati 6 Kali Ganda, Shopee Mall 14 Kali Ganda




Shopee menyempurnakan kempen 12.12 Jualan Hari Jadinya dengan kunjungan melonjak 6 kali ganda pada 12 Disember berbanding hari biasa selain peningkatan 14 kali ganda pesanan di Shopee Mall.

Platform membeli belah dalam talian itu berkata, satu daripada lapan pengguna adalah pembeli yang membeli di Shopee Mall buat kali pertama manakala sembilan dalam 10 pengguna membeli-belah daripada penjual tempatan semasa kempen sambutan akhir tahun itu.


Ketua Pegawai Operasinya dalam kenyataa media pada 16 Disember 2021/Khamis berkata Shopee gembira dapat membawa keceriaan kepada pengguna dalam talian dengan memberikan tawaran terbaik kepada pembeli di samping meningkatkan ketrampilan lebih banyak perniagaan di platformnya.


"2021 adalah tahun di mana digitalisasi telah dipercepatkan. Kami dapat melihat perkara ini melalui peningkatan pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian, serta bilangan penjual yang baharu kepada platform kami tahun ini.


"Melangkah ke tahun 2022, kami berharap untuk terus menghubungkan lebih ramai pembeli, perniagaan dan komuniti yang lebih luas supaya mereka dapat menikmati manfaat e-dagang," kata Terence Pang.


Tawaran jualan hari jadi itu termasuk peralatan rumah dengan tawaran '12.12 only deals' dengan diskaun 95 peratus. Selain itu, hampir 870,000 unit produk alat tulis dan lebih sejuta produk haiwan peliharaan telah terjual.


Pengguna di Sabah dan Sarawak turut mengambil kesempatan daripada sambutan 12.12 Jualan Hari Jadi untuk membeli pelbagai barangan, di mana kedua-dua negeri ini mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak 5 kali ganda pada 12 Disember berbanding hari biasa.


Antara produk yang banyak dibeli oleh rakyat Sabah dan Sarawak termasuk barangan runcit seperti makanan kering, suplemen kesihatan, bekalan haiwan peliharaan seperti makanan kucing dan pasir kucing serta alat untuk mengait dan juga berkebun.


Shopee berkata sambutan 12.12 itu memberi pendedahan lebih besar kepada lebih ramai penjual tempatan dengan produk kelengkapan rumah dan kediaman secara kolektif menjana jualan berjumlah RM4.8 juta pada hari itu.

"Penjual di kawasan luar dari bandar besar juga dapat mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan meningkatkan kehadiran atas talian. Mereka menyaksikan peningkatan 4.5 kali ganda bagi jumlah pesanan, berbanding hari biasa.


"Para pembeli juga beralih ke ShopeePay untuk semua keperluan mereka dengan para pengguna menambah nilai dompet ShopeePay mereka 1.5 juta kali pada 12.12 untuk menikmati proses pembayaran yang lancar, dalam talian dan juga luar talian," kata platform digital itu.


Lebih 2.5 juta pembelian dibuat melalui Deals Near Me, ciri atas talian 2/3 ke luar talian atau dalam online-to-offline Shopee yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi dengan peruncit luar talian menikmati peningkatan kunjungan sepanjang tempoh 12.12 apabila para pengguna menebus baucar pembayaran mereka di kedai mereka.


Melalui inisiatif #ShopeeSapotLokal, Shopee menyempurnakan peraduan 'Seller of the Month' di mana para pengguna mengundi untuk perniagaan tempatan kegemaran mereka.


Drum Coffee Roasters muncul sebagai kegemaran orang ramai dan membawa pulang hadiah bernilai RM6,200 termasuk slot penstriman langsung terbitan, baucar kedai, kredit iklan Shopee dan barangan eksklusif.

2 views0 comments

Comments


bottom of page