top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kempen 11.11 Shopee Jual Lebih Dua Bilion Barang



Lebih dua bilion barangan dibeli sepanjang tempoh kempen 11.11 Jualan Hebat Shopee, rekod terbaharu yang dicatatkan pengendali e-dagang terkemuka itu.

Syarikat itu dalam kenyataan media pada 14 November 2021/Ahad berkata, keseronokan memuncak pada 11 November lalu, dengan kunjungan meningkat 5.5 kali ganda dalam dua jam pertama berbanding hari biasa.


"Pesta membeli-belah hujung tahun di Shopee terus merapatkan jutaan rakyat Malaysia dengan jenama dan peniaga. Oleh itu, peniaga luar talian juga menikmati peningkatan pelanggan yang mengutamakan pembelian dalam talian di cawangan mereka, dengan lebih lima juta Baucar ShopeePay dituntut melalui ciri 'Deals Near Me' pada 11 November.


"Hiburan terus menjadi aspek utama bagi pengalaman membeli-belah atas talian. Sepanjang 11.11 Jualan Hebat, rakyat Malaysia turut meluangkan lebih banyak masa untuk berhubung dengan penjual dan menonton selebriti kegemaran mereka melalui penstriman langsung, dengan 4.8 juta jam diluangkan secara keseluruhan untuk menonton di Shopee Live.


"Lebih 41 juta Tiket Emas turut diberikan apabila para pengguna bermain Tekan & Menang Kondo dan Putar & Menang untuk masing-masing merebut peluang memenangi sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, dan sebuah BMW 218i Grand Coupé M Sport," katanya.


Ketua Pegawai Operasi Shopee berkata ekonomi digital dan e-dagang terus membuka banyak peluang untuk berkembang apabila impak daripada usaha Shopee untuk pembeli, perniagaan dan komuniti tempatan.



"Kami ingin membolehkan lebih ramai orang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini dengan meningkatkan penggunaan e-dagang dan membantu lebih ramai pengguna serta para peniaga untuk membawakan perniagaan mereka ke atas talian dan menghubungkan mereka antara satu sama lain.


"11.11 Jualan Hebat menggalakkan lebih ramai orang mengakses dan menikmati manfaat membeli-belah dalam talian, terutama di luar bandar di mana tahap kesedaran digital agak rendah.


"Di seluruh rantau, jumlah pembeli dari luar bandar dan bandar kecil menyaksikan peningkatan sebanyak lima kali ganda berbanding hari biasa, manakala jumlah transaksi ShopeePay di luar bandar meningkat sembilan kali ganda berbanding hari biasa, dengan pengguna melakukan pembayaran untuk pesanan mereka di Shopee dengan lancar," kata Terence Pang.


Bagi perniagaan di rantau ini, Pang berkata, 11.11 Jualan Hebat menjadi batu loncatan untuk mendorong pertumbuhan dan pemulihan.


"Penjual tempatan mendapat manfaat daripada lonjakan dalam aktiviti membeli-belah, dengan mereka yang menyertai 11.11 buat kali pertama menyaksikan pesanan pada 11 November melonjak 18 kali ganda berbanding hari biasa," katanya.

Beliau menjelaskan, pembukaan semula sektor ekonomi tidak memperlahankan permintaan e-dagang.


"Malah, Shopee baru sahaja menamatkan 11.11 Jualan Hebat yang paling berjaya, dengan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati tawaran eksklusif, penjimatan yang lebih besar dan kepelbagaian yang hebat di platform ini.


"Pada 11 November, pengguna Shopee di Malaysia mendapatkan stok barangan runcit seperti Milo, bijirin, mi segera, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lebih daripada 1.8 juta produk pembaikan dan hiasan rumah juga dijual di Shopee," katanya.


Beliau berkata memandangkan rakyat kini meneruskan aktiviti di luar rumah, barangan kesihatan dan penjagaan diri di Shopee seperti pelitup muka terus menjadi salah satu produk yang paling popular dibeli.


"Produk ini mencatat jualan lebih 13 juta keping, manakala kit ujian COVID-19 menyaksikan hampir 30,000 unit dijual pada 11 November. Ini disebabkan peringatan dan seruan pihak Kerajaan supaya rakyat Malaysia menjaga keselamatan mereka serta orang sekeliling," katanya.

3 views0 comments

Bình luận


bottom of page