top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Jualan PERODUA Melonjak Lebih 100 peratus


Sumber Grafik: Facebook Perodua

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melakar prestasi memberangsangkan apabila menjual 14,160 unit pada September 2021, meningkat sebanyak 102 peratus berbanding 6,988 unit pada Ogos 2021, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA

Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan media pada 4 Oktober 2021/Isnin berkata angka jualan itu juga adalah peningkatan untuk tiga bulan berturut-turut apabila situasi bekalan bertambahbaik secara beransur-ansur.


Katanya rangkaian bekalan automotif menunjukkan peningkatan tetapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya. Kami akan terus berusaha bersama pembekal dan pengedar bagi meningkatkan keselamatan serta produktiviti.


"Pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi PERODUA adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan. Kumpulan kini sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran," katanya.


Zainal Abidin berkata, bagi tempoh Januari hingga September 2021, PERODUA merekodkan jumlah jualan sebanyak 119,093 unit berbanding 145,012 unit pada tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, bagi perbandingan suku ke suku, penjualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit pada suku ketiga berbanding 39,381 unit pada suku kedua 2021.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 1 Jun lalu dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021 antara faktor utama penurunan jumlah jualan itu.


"Suku keempat 2021 memberikan unjuran yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90 peratus populasi dewasa Malaysia," katanya.




2 views0 comments

Comments


bottom of page