top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Jualan Kereta Mitsubishi Melonjak 91 Peratus Pada 2021


Sumber Grafik: Facebook Mitsubishi Motors Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, merekodkan 91 peratus lonjakan jualan kepada 17,489 unit tahun lalu.

MMM dalam kenyataan media pada 6 Januari 2022/Khamis berkata, pencapaian lebih baik berbanding 2020 itu dipacu sumbangan jualan model Mitsubishi XPANDER yang merangkumi 7,394 unit bagi tempoh Januari hingga Disember 2021.


"Pencapaian jualan ini menobatkan XPANDER sebagai 'crossover' tujuh tempat duduk Jepun terlaris di Malaysia," katanya.


Selain XPANDER, trak pikap Mitsubishi Triton turut menyumbangkan jualan signifikan 9,268 unit tahun lalu, merangkumi peningkatan 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata walaupun berdepan tahun mencabar akibat COVID-19, syarikat itu gembira kerana XPANDER menikmati prestasi jualan kukuh hasil lanjutan insentif pengecualian cukai jualan oleh kerajaan.


"Keputusan kerajaan ini pastinya membantu industri untuk mengekalkan ketahanan semasa fasa yang mencabar ini.


Sumber Grafik: Facebook Mitsubishi Motors Malaysia


"Di MMM, kami kini mencapai kemajuan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran model XPANDER, bagi memenuhi kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi, dan memenuhi semua permintaan tempahan," kata Shinya Ikeda.


Beliau berkata, pertumbuhan berterusan pasaran MMM berbanding tahun sebelumnya adalah petanda bahawa ia sedang bergerak ke arah pemulihan.


"Sambil menantikan pertumbuhan dan kemajuan ke tahun 2022, kami mendengar maklum balas setiap pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan serta akan terus menambah baik untuk pengalaman pemilikan dengan standard tertinggi," katanya.

2 views0 comments

Comments


bottom of page