top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Melonjak Kepada 9,512 Pada Ogos 2021




Kumpulan UMW merekodkan jualan kenderaan sebanyak 9,512 unit pada Ogos 2021 melonjak daripada 2,105 unit yang didaftarkan pada Julai 2021.

Dalam kenyataan media pada 13 September 2021/Isnin berkata ia susulan pembukaan semula operasi bilik pameran dan kilang pemasangan automotif bermula 16 Ogos dengan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP).


UMW Corp Sdn Bhd berkata kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat sekutunya PERODUA, mencatatkan jualan yang baik pada Ogos walaupun hanya beroperasi selama setengah bulan.


UMWT mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 2,524 unit pada Ogos 2021, 74 peratus lebih tinggi berbanding 1,450 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya dengan Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model terlaris yang secara kumulatifnya menyumbang kepada 69 peratus daripada jumlah jualan pada bulan berkenaan.


Sehingga Ogos 2021, UMWT mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 38,085 unit, meningkat 20 peratus berbanding 31,734 unit yang didaftarkan pada tempoh sama pada 2020.


Sementara itu, PERODUA mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 6,988 unit pada Ogos 2021, jauh lebih tinggi berbanding 655 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.


Menurut UMW Corp, permintaan bagi semua model Perodua terus menggalakkan dengan jumlah tempahan dalam talian yang memberangsangkan semasa tempoh PKPP.


Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 104,933 unit, turun 12.5 peratus berbanding 119,977 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama pada 2020 ekoran PKPP yang berpanjangan pada 2021.
Justeru, PERODUA menyemak semula sasaran jualan bagi 2021 kepada 214,000 unit daripada 240,000 unit yang diumumkan awal tahun ini.

Sasaran jualan disemak semula itu turut mengambil kira isu kekurangan cip semikonduktor global yang berjaya ditangani PERODUA untuk memastikan tiada gangguan sepanjang proses pengeluaran kenderaan bagi tempoh berbaki tahun ini, kata syarikat itu.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd berkata syarikat itu menjangka momentum penjualan automotif berterusan sehingga hujung tahun ini terutamanya dengan pelanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021.


"Kami amat menghargai usaha kerajaan dalam memberikan kelonggaran terhadap sekatan pergerakan PKPP dan membenarkan sektor automotif beroperasi semula. Pada masa ini, kedua-dua Toyota dan Perodua mencatatkan tahap pesanan yang kukuh, dan akan terus memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran bagi memastikan penghantaran kepada pelanggan dapat dipercepatkan, disamping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.


"Pembekal bagi alat ganti dan komponen domestik juga telah beroperasi semula dan pengeluaran kami disokong oleh bekalan CKD yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan kami, " kata Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

2 views0 comments

Comments


bottom of page