top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Jualan Kenderaan Baharu Melonjak 147% Kepada 17,500 unit


Foto Sumber: Tangkap Layar Laman Sesawang Proton

Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 147 peratus kepada 17,500 unit pada Ogos 2021 berbanding hanya 7,086 unit pada bulan sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan media pada 21 September 2021/Selasa berkata, peningkatan jualan itu disebabkan kebenaran bilik pameran untuk kembali beroperasi di negeri utama seperti Selangor dan Kuala Lumpur sejak 13 Ogos lalu.


Namun, katanya jika dibandingkan dengan prestasi setahun lalu, jumlah jualan untuk bulan lalu adalah 67.5 peratus lebih rendah berbanding bulan sama 2020 iaitu 53,838 unit.


Katanya jualan bagi September akan lebih tinggi daripada Ogos. Ini kerana, banyak perniagaan untuk industri termasuk automotif sudah kembali beroperasi mengikut tahap masing-masing.


"Selain itu, syarikat kereta juga akan berusaha secara berterusan untuk meningkatkan jualan bagi menjana pendapatan mereka.


"Bagaimanapun, kekurangan cip yang sedang berlaku ketika ini mungkin menjejaskan beberapa pengeluaran jenama kereta," katanya.


Pada Ogos, kenderaan penumpang mencatatkan jualan 15,064 unit, lebih tinggi berbanding 4,949 unit yang dicatatkan bulan sebelumnya namun penurunan ketara berbanding 48,598 unit pada Ogos 2020.


Bagi bulan dikaji, jualan kenderaan komersial juga lebih tinggi sedikit kepada 2,436 unit berbanding 2,137 unit pada Julai 2020.


Jumlah pengeluaran pada bulan lalu pula adalah sebanyak 13,961 unit, penurunan sebanyak 72.2 peratus daripada 50,196 unit pada setahun yang lalu.


Daripada jumlah itu, kenderaan penumpang mewakili 12,897 unit manakala kenderaan komersial berjumlah 1,064 unit.

38 views0 comments

Comentários


bottom of page