top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Institusi Perbankan Islam Lulus Bantuan Kewangan RM980 Bilion



PERBANKAN | Institusi perbankan Islam di Malaysia meluluskan bantuan kewangan tidak kurang daripada RM980 bilion dalam pelbagai bentuk setakat Disember 2021, kata Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

Persatuan itu dalam kenyataan media pada 24 Mac 2022 menjelaskan bantuan kewangan itu diberikan dalam bentuk antaranya penangguhan pembiayaan, pengurangan bayaran bulanan pembiayaan dan penstrukturan semula pembiayaan kepada pelanggan bank sama ada persendirian atau perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan banjir.


Ia juga berkata selain itu, dianggarkan sebanyak RM1.3 bilion disalurkan melalui sumbangan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan lain-lain bantuan oleh bank-bank ahli AIBIM.


"Keseluruhan bantuan ini memberi manfaat kepada sebanyak 2.7 juta pelanggan dan rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan bank-bank ahli AIBIM peka dalam menjalankan tanggungjawab korporat mereka dan memainkan peranan penting dalam mencapai objektif pemulihan ekonomi negara," kata AIBIM.


Pengarah Eksekutif AIBIM berkata komitmen daripada bank-bank ahli AIBIM telah ditunjukkan melalui data yang dikumpulkan oleh AIBIM untuk 2021.


"Sumbangan dalam bentuk zakat pula dianggarkan sebanyak RM36 juta bagi tempoh Oktober 2020 hingga September 2021 yang disalurkan oleh institusi perbankan Islam," kata Ratna Sha'erah Kamaludin.


AIBIM menekankan bahawa pihaknya serta bank-bank ahlinya terus komited dan proaktif membantu dan menyediakan sokongan berterusan kepada pelanggan bagi mengharungi cabaran sejak permulaan pandemik COVID-19 sehingga sekarang.


Komitmen itu antara langkah dan usaha menyokong pemulihan ekonomi negara dalam peralihan ke endemik, jelasnya.



3 views0 comments

Comments


bottom of page