top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Harga Minyak Sawit Cecah RM8,000 Satu Tan, Minyak Sayuran Paling Mahal


Sumber Foto: Bisnes Selangor


KOMODITI | Minyak sawit Malaysia kini menjadi minyak sayuran paling mahal apabila konflik Russia-Ukraine menjejaskan eksport minyak bunga matahari dari rantau Laut Hitam.

BERNAMA pada 2 Mac 2022/Rabu melaporkan kontrak niaga hadapan bulan semerta MSM di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) mencecah RM8,000 setan metrik pada 1 Mac 2022/Selasa manakala penanda aras kontrak Mei 2022 dilihat pada satu ketika diniagakan pada paras RM6,553.


Ketua penyelidik komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani, berkata momentum meningkat minyak sawit diunjur kekal berterusan di tengah-tengah konflik Russia-Ukraine.


Jelasnya bekalan terhad minyak kacang soya dan minyak biji sesawi di seluruh dunia serta dasar obligasi pasaran domestik (DMO) Indonesia yang memerlukan ia mengekalkan 20 peratus daripada eksport minyak sawitnya bagi penggunaan domestik.


Pasaran tenaga yang positif dan eksport kukuh dari Malaysia pada Februari 2022 juga membantu merangsang harga minyak sawit, katanya.


"Harga minyak sawit di pasaran percuma atas kapal di Malaysia dan Indonesia kini lebih tinggi berbanding harga minyak kacang soya dan justeru itu minat belian baharu berkurangan tetapi risiko penghantaran bekalan minyak bunga matahari dari rantau Laut Hitam akan terus menyokong sentimen.


"Kita mungkin tidak akan melihat pembetulan menurun harga minyak sawit dalam waktu terdekat ini," katanya.


Mengenai eksport, Anilkumar berkata penyelidik kargo Intertek Testing Services (ITS) dan AmSpec Malaysia mengunjurkan eksport minyak sawit Malaysia bagi Februari 2022 masing-masing sebanyak 1.26 juta tan metrik dan 1.21 juta tan metrik.

Mengenai pengeluaran pula, data bagi tempoh 1 hingga 25 Februari daripada Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan peningkatan yang konsisten dengan pengeluaran minyak sawit Semenanjung Selatan mencatatkan peningkatan sebanyak 13.7 peratus bagi tempoh 1 hingga 25 Januari.


"Pengeluaran bulan penuh mungkin tidak mengekalkan peningkatan berikutan bilangan hari kerja yang rendah tetapi masih dijangka kekal sekitar lapan hingga sembilan peratus dari Januari 2022," katanya.


Tumpuan terarah kepada data pengeluaran bulan penuh UOB Kay Hian dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia menjelang previu penawaran dan permintaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.



13 views0 comments

Commenti


bottom of page