top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Harga Emas Melonjak Ekoran Ancaman Omicron



Harga emas tinggi di tengah-tengah sentimen risiko apabila pelabur mempertimbangkan data pekerjaan dari Amerika Syarikat (AS), pendirian Rizab Persekutuan (Fed) dan ancaman varian Omicron.

Agensi Berita Antarabangsa BLOOMBERG NEWS melaporkan data pada Disember 2021/Jumaat menunjukkan pertumbuhan pekerjaan di AS mencatatkan peningkatan paling kecil tahun ini.


Manakala kadar pengangguran jatuh lebih tinggi berbanding unjuran kepada 4.2 peratus, gambaran bercampur-campur yang bagaimanapun mungkin memaksa Fed untuk mempercepatkan pengurangan rangsangan pandemik.


Harga emas meningkat pada akhir minggu lalu bagi mengakhiri penurunan selama tiga minggu berturut-turut, di tengah-tengah prospek dasar monetari yang kurang akomodatif dan risiko Omicron.

Harga pengguna AS yang akan dikeluarkan Jumaat ini diunjur mencatatkan peningkatan tahunan tertinggi dalam tempoh beberapa dekad, sekali gus memberi tekanan kepada Fed untuk segera melaksanakan dasar yang lebih ketat.


Harga spot emas stabil pada AS$1,784.51 seauns di Singapura selepas meningkat 0.8 peratus pada Jumaat.


Sementara itu, harga perak, palladium dan platinum masing-masing meningkat.



2 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page