top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Forbes Nobat Nadiah Wan CEO Wanita Cemerlang Asia Pasifik


Grafik Sumber: Tangkap Layar Laman Sesawang Forbes


Power Businesswomen 2021 Forbes Asia menobatkan Nadiah Wan, 37, sebagai salah seorang daripada 20 pemimpin perniagaan wanita cemerlang di rantau Asia Pasifik.

Menurut majalah perniagaan antarabangsa itu, Nadiah yang memegang dua jawatan Ketua Pegawai Eksekutif adalah tokoh paling muda disenaraikan pada 2021.


Pengarang Power Businesswomen 2021 Forbes Asia, Rana Wehbe Watson, dalam kenyataan media pada 2 November 2021 berkata ahli perniagaan wanita di rantau Asia Pasifik terus memecah halangan, dan dalam beberapa kes, mengembangkan perniagaan mereka di sebalik pandemik.


Katanya senarai Power Businesswomen 2021 Forbes Asia pada 2021 mengiktiraf 20 pemimpin cemerlang yang berjaya mengadaptasi dan berkembang dalam industri seperti teknologi, penjagaan kesihatan, perbankan serta pembuatan.


"Mereka memimpin jalan ketika dunia bergelut dengan realiti pasca COVID-19," kata Watson.


Watson berkata, semua ahli perniagaan wanita yang disenaraikan pada 2021 adalah pendatang baharu, sekali gus memperluaskan lagi rangkaian tokoh terkemuka Forbes Asia di rantau ini.


"Mereka dipilih di atas pencapain menguruskan perniagaan dengan pendapatan yang besar atau syarikat pemula bernilai lebih AS$100 juta," katanya.


Nadiah, satu-satunya rakyat Malaysia yang disenaraikan tahun ini, adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan TMC Life Sciences, jawatan yang dipegang sejak 2019.


Beliau juga adalah CEO Thomson Hospital Kota Damansara, jawatan yang dipegang sejak 2017.


Nadiah memperkenalkan pasukan petugas COVID-19 di hospital itu dan melancarkan aplikasi mudah alih, menyediakan penjagaan pesakit menyeluruh dari jauh menerusi temu janji, saringan dan penilaian hinggalah perkhidmatan rehabilitasi dan penghantaran ubat-ubatan.


Penutupan sempadan menjejaskan pelancongan perubatan dan unit kesuburan yang merangkumi 20 peratus pendapatan TMC.


Namun, syarikat senaraian awam itu meraih pendapatan RM201 juta, meningkat enam peratus bagi tahun kewangan berakhir Jun, dengan keuntungan bersih meningkat 86 peratus kepada RM20 juta, terutama disebabkan liabiliti cukai tertangguh.


Pelan pengembangan TMC termasuk menggandakan kapasiti hospital kepada 600 katil dan menambah dua makmal kateter, 154 klinik pesakit luar, 11 suite penghantaran dan 10 bilik pembedahan.


Senarai lengkap 20 wanita berkenaan, berusia antara 30-an hingga 70-an di seluruh rantau Asia Pasifik boleh didapati di www.forbes.com/asiapowerbusinesswomen2021 dan Forbes Asia keluaran November.



Grafik Sumber: Forbes



Berikut adalah kenyataan media penuh Rana Wehbe Watson:

It’s been nearly two years since Covid-19 erupted and the world’s business leaders had to come to grips with the new reality. Some have struggled to keep their companies afloat, but others, like the 20 business leaders on the 2021 Asia’s Power Businesswomen list, have adapted and thrived, seizing opportunities in the midst of challenges.


Our listees this year hold leadership roles across industries spanning banking and private equity to manufacturing, healthcare and technology. All of them have marked new milestones—and in many cases expanded their businesses—despite the lingering pandemic. These 20 women, in their 30s to their 70s from around the Asia-Pacific region, demonstrate that gender and age can’t stand in the way of success.


All the women highlighted this year are newcomers to the list, further expanding Forbes Asia’s network of outstanding businesswomen in the region. They have been selected for their achievements in managing either a business with sizable revenues or a startup valued at over $100 million.



11 views0 comments

Comments


bottom of page