top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Fave Guna Kod QR DuitNow Permudah Urusan Tanpa Tunai


Foto Sumber: TechWire


Fave, syarikat teknologi kewangan (fintech) Asia Tenggara, memperkenalkan perkhidmatan kod QR DuitNow bagi memacu pembayaran tanpa tunai di negara ini.


Pengasas Fave berkata pengenalan DuitNow QR FavePay membolehkan pelanggan menggunakan satu kod QR bagi pembayaran menerusi aplikasi Fave atau e-dompet serta aplikasi perbankan mudah alih yang lain.


Joel Neoh berkata, pembayaran mudah alih berasaskan QR bukan saja menjadi pilihan, malah dianggap sebagai alternatif untuk memperoleh wang tunai.


Justeru, katanya, pengenalan kod QR DuitNow adalah tonggak penting Fave bagi meningkatkan keselesaan peniaga.


Ia, katanya bertujuan memudahkan landskap pembayaran mudah alih di samping membolehkan peniaga memperoleh akses ke 32 peserta bank dan e-dompet, serta mencegah kesesakan kod QR di kaunter pembayaran.


"Langkah ini bukan hanya menggalakkan pedagang untuk menerima bayaran merentasi pelbagai saluran, bahkan menaik taraf pengesahan dan penyatuan masa sebenar dengan platform FaveBiz," katanya dalam satu kenyataan pada 4 Ogos 2021/Rabu.

Neoh berkata, Malaysia merekodkan lonjakan transaksi tanpa tunai dan peluang penerimaan pembayaran yang lebih besar di seluruh negara.


"Fave berbangga menjadi antara peserta bukan bank yang paling awal menerapkan kod QR DuitNow.


"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bagi meningkatkan landskap e-pembayaran di Malaysia serta menyokong peralihan digital peniaga," katanya.



0 views0 comments

Comments


bottom of page