top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

ExecuJet MRO Services Rancang Bina Kemudahan Baik Pulih Pesawat di Malaysia



Falcon 900 at ExecuJet MRO Services Middle East


ExecuJet MRO Services, syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) milik sepenuhnya Dassault Aviation SA dari Perancis, merancang untuk membina sebuah kemudahan MRO baharu di Malaysia.

ExecuJet MRO Services dalam kenyataan media pada 28 September 2021/Selasa berkata ketika ini sudah mempunyai kemudahan perkhidmatan MRO berpusat di lapangan terbang Subang di Selangor.


Presiden dan Pengasas ExecuJet MRO Services berkata syarikat itu juga sedang membangunkan satu lagi kemudahan MRO di Dubai yang dibuka pada separuh pertama 2022.


"ExecuJet kini sedang berkembang lebih jauh, dengan Malaysia dan Dubai menjadi kawasan pertumbuhan utama kami.


"Ini adalah asas bagi strategi Dassault untuk memastikan kami sentiasa mempunyai tahap kapasiti dan kemampuan yang tepat untuk pelanggan di mana sahaja mereka memerlukannya dan ini menyokong rancangan pertumbuhan ExecuJet dengan baik.


"Walaupun menghadapi persaingan yang sengit, kami memiliki pangkalan pelanggan yang sangat setia, yang terus berkembang," kata Graeme Duckworth.


Meraikan ulang tahun ke-30 tahun ini, ExecuJet MRO Services kini mempunyai kemudahan MRO di Afrika, Asia, Australasia, Eropah dan Asia barat.


Mempunyai pengkhususan dalam rangka udara, avionik dan penyelenggaraan mesin, jurutera ExecuJet MRO Services dilatih oleh kilang dan diperakui untuk pelbagai pesawat termasuk Dassault, Bombardier, Embraer, Gulfstream dan Hawker.

3 views0 comments

Comments


bottom of page