top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

CTOS Tawar Khidmat Pemantau Laman Web Gelap


Foto Sumber: Tangkap layar laman sesawang CTOS


Agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) menawarkan perkhidmatan pemantau laman web gelap, CTOS SecureID secara percuma selama sebulan kepada rakyat Malaysia mulai 4 Oktober 2021.

Justeru, mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan itu boleh mendaftar di www.ctoscredit.com.my


Peneraju data keselamatan itu juga mengesahkan bahawa aset datanya selamat dan perkhidmatan CTOS SecureID memberikan ketenangan kepada pelanggan untuk mengetahui sama ada maklumat peribadi mereka berpotensi terdedah di laman web gelap.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS dalam kenyataan media pada 3 Oktober 2021/Ahad berkata pada masa ini, tidak ada petunjuk bahawa aset data CTOS telah diceroboh.


Beliau berkata, sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, CTOS sangat mementingkan risiko keselamatan siber dan perlindungan pelanggaran data, dengan semua data dan maklumat yang dimiliki dilindungi dengan teknologi keselamatan data bertaraf dunia.


"Kami telah buat dan akan terus melakukan pelaburan ketara untuk memastikan bahawa rangka kerja, dasar, prosedur dan sistem keselamatan data dan teknologi maklumat (IT) kami ditanda aras dengan standard 'Risk Mgmt in Technology (RMiT) Bank Negara Malaysia dan ISO27001 serta piawaian global yang lain," kata Dennis Martin.


Beliau berkata, dengan serangan siber semakin kerap dan canggih, pihaknya juga telah meningkatkan penilaian dan proses proaktif untuk melindungi integriti datanya.


martin menjelaska sistem syarikat itu secara berkala menjalani ujian penembusan yang komprehensif, penilaian kerentanan dan audit oleh firma pakar keselamatan IT pihak ketiga untuk memastikan ketahanannya yang berterusan.


"Kami yakin bahawa kami berada dalam posisi yang baik untuk mempertahankan aset data kami daripada kemungkinan serangan keselamatan siber, yang selanjutnya disahkan oleh fakta bahawa tidak ada kejadian pelanggaran data sejak awal kami beroperasi pada 1990," katanya.





Martin juga menjelaskan bahawa keputusan BNM untuk menghentikan sementara akses perkhidmatan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terpakai untuk semua agensi pelaporan kredit (CRA), dan bukan hanya untuk CTOS saja.


Katanya, langkah meluas industri itu adalah langkah pencegahan untuk terus melindungi maklumat pelanggan.


Beliau juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa pihaknya bekerjasama secara rapat dan pantas dengan pengawal selia berkaitan untuk memantau situasi dengan teliti, dan juga melakukan penilaian tambahan untuk mengetahui langkah keselamatan lebih lanjut diperlukan.


"CTOS SecureID akan memberi anda makluman segera sekiranya data anda telah diceroboh. Ini akan memberi anda ketenangan fikiran yang anda perlukan," katanya.

6 views0 comments

Comments


bottom of page