top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

CSSB Jual Tanah RM17 juta Di Taman Perindustrian Pulau Indah


Logo CSSB: Sumber CSSB


Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) menandatangani perjanjian dengan Tri-Mode System (M) Bhd pada 13 Ogos 2021 untuk menjual tanah perindustrian 2.18 hektar di Taman Perindustrian Pulau Indah, Fasa 3C (PIIP 3C) bernilai RM17 juta.


CSSB, pemaju induk Taman Perindustrian Pulau Indah dan milik kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) berkata, Tri-Mode akan menggunakan tanah itu untuk membina gudang ketiganya merangkap hab pengagihan sebagai sebahagian daripada fasa tiga pelan pengembangan perniagaannya.


"Tri-Mode akan membina gudang baharu Kelas A dan hab pengagihan dengan kawasan binaan kira-kira 150,000 kaki persegi dengan jumlah nilai pelaburan RM42 juta," kata CSSB dalam kenyataan media 13 Ogos 2021.


Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Mohamad Razif Abdul Wahab, berkata Pulau Indah adalah lokasi sesuai untuk syarikat yang berhasrat mendekatkan rantaian bekalan mereka.


"Kehadiran kukuh syarikat multinasional (MNC) dan syarikat tempatan seperti Tri-Mode, IKEA, Oleon dan Mewah Oil, melambangkan bukti sebenar apa yang ditawarkan Pulau Indah.


Mohamad Razif berkata, bagi memudahkan pelaburan ini, Invest Selangor Bhd menjalankan peranan sebagai agensi sehenti untuk menyediakan maklumat, perkhidmatan penasihat serta bantuan permulaan atau pengembangan kepada pelabur berpotensi dan sedia ada.


Pengarah Urusan Kumpulan Tri-Mode, Datuk Hew Han Seng, berkata PIIP 3C menerima permintaan daripada pelabur yang mahu ditempatkan berhampiran pelabuhan laut dan kawasan perindustrian yang kukuh dan mempunyai infrastruktur dan kesalinghubungan yang baik.


"Pembelian tanah perindustrian atau komersial berdekatan pelabuhan boleh menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih cepat kepada pelabur pintar," kata Hew dalam kenyataan sama.


Pada masa depan, CSSB berkata ia yakin perkembangan yang signifikan dibuat dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang berikutan ia memulakan pelbagai usaha bukan sahaja untuk memenuhi keperluan MNC, malah menyokong eksport dan industri Malaysia berpacukan domestik yang berdepan cabaran unik akibat impak ekonomi dan sosial COVID-19.



1 view0 comments

Comentarios


bottom of page