top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Celcom-Digi Bergabung Dijangka Selesai Awal 2022



Axiata Group Bhd (Axiata) berharap langkah penggabungan antara Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd-Telenor Group selesai pada suku pertama 2022.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata berkata kumpulan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Julai 2021 supaya pengawal selia meluluskannya.


"Setakat ini, kami memberikan semua maklumat diminta MCMC dan sekarang terserah kepada pengawal selia untuk mengkajinya daripada sudut kepentingan awam atau mengadakan pendengaran awam.


"Harapan saya supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin, sama ada pada suku pertama atau suku kedua tahun depan tetapi saya berharap jika kita dapat menyelesaikannya menjelang pada Januari atau Februari 2022, maka kita akan berada dalam keadaan baik," kata Datuk Izzaddin Idris dalam taklimat media yang diadakan secara maya, lapor BERNAMA pada 27 Ogos 2021/Jumaat.


Izzaddin berkata, kumpulan itu juga melantik perunding melaksanakan analisis ekonom mengenai penggabungan itu dan kesannya terhadap pasaran dan industri.


"Ia sedang dijalankan sekarang dan harap MCM akan membuat keputusan mengenainya," katanya.




Selepas penggabungan selesai, tempoh integrasi diadakan, ia bakal menimbulkan beberapa cabaran dalam menyelenggara rangkaian tersebut serta kualiti perkhidmatan dan pelanggan daripada Digi dan Celcom.


Axiata dan Telenor sebelum ini menandatangani perjanjian urus niaga untuk penggabungan yang dicadangkan itu yang dinamakan sebagai MergeCo pada 21 Jun 2021.


Pemeteraian perjanjian itu menandakan pengesahan mengenai hasrat mereka untuk mewujudkan penyedia perkhidmatan digital yang lebih kukuh dan lebih berdaya tahan untuk memacu cita-cita digital Malaysia.



11 views0 comments

Comments


bottom of page