top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Burger P. Ramlee, Menu Ekslusif Terbaharu KFC


Grafik: Sumber: Facebook KFC

KFC menawarkan kelainan dalam menu terbaharunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Kenyataan media KFC pada 27 Oktober 2021/Rabu berkata menu baharu ini menyuntik pelbagai rasa aromatik daripada bahan-bahan unik masakan nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy.


Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia berkata, Burger P. Ramlee dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup.


Katanya hidangan tersebut disempurnakan dengan sayuran ­berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.


“P. Ramlee merupakan seniman agung yang telah meninggalkan legasi dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua.


“Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee merupakan satu menu gabungan memikat KFC Zinger dengan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar.


“Ia bertujuan untuk me­raikan legasi Allahyarham dan satu penghormatan khas buat kami kepadanya,” kata Chan May Ling.


Beliau menjelaskan Burger P. Ramlee dilancarkan pada 28 Oktober 2021/Khams di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia dan boleh didapati melalui pelbagai pilihan iaitu ala carte, kombo, set Lagenda­ dan juga kombo Ikon.

1 view0 comments

Comentarios


bottom of page