top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Boleh Bayar Guna ShopeePay Permudahkan Pelanggan Lotus's


Lotus's. Foto Sumber: EdgeProp


Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) memperluaskan ekosistem pembayaran tanpa sentuhannya dengan penerimaan ShopeePay sebagai tindak balas kepada peningkatan tahunan 25 peratus pembayaran tanpa tunai direkodkan dalam kalangan pembeli.


Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus's Malaysia berkata kemunculan pandemik COVID-19 selain adanya kemudahan, keselamatan dan sokongan daripada kerajaan menggalakkan penerimaan pembayaran tanpa tunai.


Vivian Yap berkata memandangkan kebergantungan terhadap e-dompet semakin meningka maka perlu dipastikan semua pilihan cara pembayaran sedia ada dapat diakses.


"Dengan populariti ShopeePay yang kian meningkat seperti yang dilihat daripada reaksi pasaran semasa pelaksanaan eBelia, kami percaya bahawa kerjasama ini akan memanfaatkan pembeli Lotus's dan juga pengguna ShopeePay.
"Pelanggan juga akan menikmati pulangan tunai apabila membayar barangan runcit menggunakan ShopeePay di mana-mana 62 cawangan kami di seluruh negara, membolehkan mereka menikmati lebih penjimatan," katanya dalam kenyataan media pada 10 Ogos 2021/Selasa.

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) sebelum ini dikenali sebagai Tesco Malaysia.


Sementara itu, Ketua ShopeePay Malaysia berkata peningkatan pembayaran tanpa tunai di Lotus's menunjukkan penerimaan positif terhadap pembayaran tanpa sentuhan di negara ini.


"Peningkatan dari tahun ke tahun bagi pembayaran tanpa tunai di rangkaian peruncitan yang besar seperti Lotus's menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran serta penggunaan untuk transaksi tanpa tunai di Malaysia.


"Memandangkan tawaran nilai Lotus's sebagai sebuah platform e-dagang dengan penembusan pasaran yang luas di seluruh negara, kami percaya bahawa kami berada dalam kedudukan yang unik untuk bersinergi kedua-dua sektor peruncitan di luar talian dan dalam talian," kata Alain Yee.


Bagi meraikan kerjasama Lotus's dengan ShopeePay, pelanggan akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM4 menerusi pembelanjaan minimum RM40 dalam satu transaksi apabila membayar barangan runcit dengan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus's.


Bermula dari sekarang hingga 29 September 2021 dan sempena dengan Shopee 8.8 Jualan Berjenama, setiap pembeli mendapat maksimum dua pulangan tunai sepanjang tempoh kempen ini.


Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila menggunakan ShopeePay di cawangan Lotus's dari sekarang hingga 31 Disember 2021.


Bagaimanapun, setiap pengguna hanya mendapat pulangan wang tunai RM3 sekali setiap hari.

0 views0 comments

コメント


bottom of page