top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

BigPay Ungguli Carian Teratas Bank Digital Di Malaysia


Grafik Sumber: Air Asia


BigPay mengungguli carian pertama sebagai bank digital di Malaysia menurut syarikat penyelidikan oleh penerbitan kewangan berpangkalan di UK Business Financing.

Daripada senarai komprehensif bank digital, BigPay menduduki tempat pertama berdasarkan kata kunci dan data carian di Google.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay dalam kenyataan media pada 29 Oktober 2021 berkata syarikat itu berbesar hati kerana diiktiraf sebagai syarikat teknologi kewangan terkemuka sejajar dengan usaha mempercepatkan lagi keterangkuman kewangan.


"Sepanjang empat tahun lepas, kami telah membantu lebih 1.9 juta rakyat Malaysia meningkatkan aspek kesihatan kewangan mereka.


"Kami juga turut berusaha untuk melancarkan produk kewangan terkawal yang bukan sahaja ringkas dan mudah, tetapi juga telus dan boleh diakses oleh semua orang,” kata Salim Dhanani.


Pengerusi Eksekutif AirAsia Group berbangga kerana BigPay pada dasarnya diiktiraf sebagai bank digital paling popular di Malaysia.


"Sebagai syarikat di bawah portfolio AirAsia, BigPay berkongsi falsafah yang sama untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan dan mencipta produk kewangan yang bukan sahaja inklusif, malah mampu milik dan boleh diakses oleh semua orang di Asean.


"Kami komited dengan misi kami untuk menyediakan perkhidmatan kewangan terbaik kepada mereka yang tidak mendapat peluang yang sama rata, ” kata Datuk Kamarudin Meranun.


Kajian oleh Bain & Company menunjukkan anggaran 55 peratus penduduk di Malaysia masih tidak mempunyai akaun bank atau tidak mempunyai peluang untuk membuka akaun bank.


Keadaan COVID-19 menjadi pemangkin kepada transformasi digital perkhidmatan perbankan dan kewangan, dan kini lebih 74 peratus rakyat mempunyai maklumat tentang perbankan digital dan 66 peratus berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini dalam kehidupan seharian mereka.

Dilancarkan pada 2017, BigPay adalah sebuah syarikat teknologi kewangan yang beroperasi di Malaysia dan Singapura.


Ia menawarkan kad debit prabayar yang boleh digunakan untuk pembayaran di mana-mana terminal jualan yang menerima kad kredit Visa atau Mastercard, pemindahan wang tempatan dan antarabangsa, insurans mikro, pembayaran bil, dan pengurusan belanjawan kewangan.


Dalam beberapa bulan akan datang, BigPay bakal melancarkan beberapa perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan pinjaman, simpanan mikro dan perkhidmatan kewangan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (mSME) serta pekerja bebas.


Pada bulan Julai 2021, BigPay bersama konsortium rakan kongsi strategik mengemukakan permohonan untuk salah satu daripada lima lesen perbankan digital yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2022.


Pada bulan Ogos 2021, BigPay memperoleh pembiayaan sehingga AS$100 juta daripada konglomerat Korea Selatan SK Group untuk mempercepatkan pertumbuhan dan misinya sebagai bank pencabar terkemuka di Asia Tenggara.


***


Info Mengenai BigPay

Dilancarkan pada tahun 2017, BigPay adalah salah sebuah syarikat teknologi kewangan terkemuka di ASEAN.


Misi BigPay adalah untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan, ketersampaian, dan kesejahteraan di rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan kewangan digital yang boleh diakses, telus, mudah dan selamat.


Daripada perkhidmatan pembayaran kepada pemindahan antarabangsa, kredit, insurans mikro dan penganggaran kewangan, matlamatnya adalah untuk memacu perubahan yang mampan di seluruh Asia Tenggara untuk pengguna dan perniagaan di seluruh rantau ini.


Untuk maklumat lanjut, hubungi press@bigpayme.com

3 views0 comments

Comments


bottom of page