top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Bank Pembangunan Tawar Skim Biaya Niaga RM5.6 Bilion


Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menawarkan lima skim pembiayaan bernilai RM5.6 bilion bagi memudah dan menyokong perniagaan dalam tempoh mencabar akibat COVID-19, kata Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya


Arshad Mohamed Ismail, berkata skim pembiayaan ditawarkan itu adalah tambahan kepada kemudahan perbankan korporat ditawarkannya.


Katanya skim itu ditawarkan pada kadar pembiayaan pilihan yang menyasarkan sektor strategik utama iaitu digitalisasi, kelestarian, maritim & logistik, Pelancongan serta pengangkutan awam.


"BPMB terus memainkan peranan penting untuk mendukung pemulihan ekonomi Malaysia dengan menyelaraskan strategi bank dengan inisiatif kerajaan terhadap kelestarian, digitalisasi dan inklusiviti," katanya dalam kenyataan media pada 8 September 2021/Rabu.


Sementara itu, BPMB menyatakan sokongan penuh bagi membangunkan kesejahteraan sosio ekonomi rakyat berdasarkan mandat yang diberikan kerajaan kepada Institusi Pembangunan Kewangan (DFI) untuk menyokong pemulihan negara.


Arshad berkata, komitmen bank berkenaan juga selaras dengan semangat #KeluargaMalaysia seiring dengan strategi pemulihan ekonomi negara ini.


"Kami memahami bahawa impak COVID-19 dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Pandemik global yang berpanjangan mempengaruhi kita semua iaitu individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengakibatkan pengangguran atau menjejaskan perniagaan.


"Kami tetap teguh untuk membantu mempercepatkan perjalanan pemulihan ekonomi negara. Kami juga menggesa peserta industri memainkan peranan untuk membantu komuniti menghadapi cabaran ini," katanya.


3 views0 comments

Comments


bottom of page