top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Anwar Dilantik CEO TERAS Teknologi, Tekad Jadikan Barisan Hadapan Pendigitalan Industri Tol


Sumber Grafik: TERAS Teknologi


Anwar Ishak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAS Teknologi Sdn Bhd (TERAS) yang baharu, bagi meletakkan organisasi tersebut di barisan hadapan digitalisasi dalam industri tol.

Dalam kenyataan media syarikat itu pada 12 Oktober 2021/Selasa berkata ia juga bagi melengkapkan industri berkaitan dengan teknologi baru, menurut anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia Berhad itu.


Anwar berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Sistem Komputer dan Elektronik dari King’s College of London, dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang digital, peralihan teknologi dan cabang telekomunikasi.


Beliau menyuarakan perasaan teruja dapat menyertai TERAS ketika teknologi RFID (Radio Frequency Identification) dilihat bakal menjadi pemangkin perubahan bagi industri logistik.


Katanya oleh kerana tumpuan Malaysia sekarang adalah memulihkan ekonomi melalui pembangunan infrastruktur utama termasuk lebuh raya, beliau terharu dengan budaya kelestarian PLUS yang membawa begitu banyak kemungkinan.


"Dengan memastikan teknologi dan Internet berbagai perkara (Internet of Things) tetap berada di hadapan dalam apa yang dilakukan, ia dapat meningkatkan nilai kehidupan ketika kita menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.
"Saya juga percaya dengan kepakaran teknologi TERAS, PLUS akan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dan meletakkan industri lebuh raya ke tahap yang lebih tinggi melalui penyesuaian digitalisasi,” kata Anwar.

Anwar akan turut menganggotai pasukan kepimpinan kanan PLUS, bekerjasama dengan Pengurusan Tertinggi PLUS yang lain, bagi memastikan inisiatif pendigitalan dijalankan secara berterusan, sekali gus mendorong pertumbuhan syarikat.


Beliau sebelum ini berperanan dalam mengembang dan memperkukuh aspek teknologi pelbagai agensi media baharu, termasuk dalam sektor penerbangan di London, di mana beliau antara lain berjaya membangunkan sistem pengendalian penumpang dan bagasi lapangan terbang berasaskan web.


Pada 2017, Anwar kembali ke Malaysia bagi mengetuai fungsi Digital IT di Digi Telecommunications.


Antara tanggungjawab utama beliau adalah memacu digitalisasi telco dari perspektif teknologi yang merangkumi perubahan cara kerja, mengurus perbelanjaan, menguruskan strategi digitalisasi serta penyelidikan dan pembangunan untuk peluang perniagaan baharu.


14 views0 comments

Comments


bottom of page