top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

AirAsia X Rekod Rugi RM24.63 Bilion, Struktur Hutang


Foto Sumber: KLIA2


AirAsia X Bhd, mencatatkan kerugian bersih RM24.63 bilion bagi suku tahun 1 April hingga 30 Jun 2021 berikutan peruntukan jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang.

Dalam kenyataan media pada 27 September 2021, Syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia yang sedang dalam proses penstrukturan semula hutangnya memperuntukkan RM23.7 bilion, jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang iaitu hutang tertunggak di bawah terma kontrak.


"Perlu ditekankan adalah liabiliti kontraktual yang mana peruntukan yang dibuat akan diketepikan sebaik cadangan penyusunan semula hutang yang dicadangkan berjaya," kata AAX.


AirAsia X sedang menstruktur semula hutang berjumlah RM63.5 bilion kepada pemiutang tidak bercagar menjadi perakuan hutang oleh syarikat penerbangan itu dengan jumlah pokok sehingga RM200 juta.


Syarikat itu menerima tempoh lanjutan sehingga Mac tahun depan bagi menahan perintah 15 pemiutangnya terhadap penyusunan semula dan bagi mengadakan perbincangan, dengan perintah itu perlu dilaporkan semula kepada Mahkamah Tinggi berkaitan kemajuannya pada pertengahan Disember 2021.


"Syarikat terus mencatatkan kemajuan dalam perbincangan dengan pemiutang dan berharap untuk mengadakan perbincangan menjelang akhir bulan depan," katanya.


Tanpa peruntukan kepada pemiutang, AirAsia X meraih kerugian sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (LBITDA) berjumlah RM58.16 juta, manakala pendapatannya pula berjumlah RM72.26 juta.



3 views0 comments

Comments


bottom of page