top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

AirAsia Rekod Rugi Bersih RM580.06 juta



Foto Sumber: Air Asia Group


AirAsia Group Bhd merekodkan kerugian bersihnya mengecil kepada RM580.06 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM992.89 juta yang dicatatkan semasa tempoh sama tahun sebelum ini, disebabkan oleh ketiadaan kerugian membabitkan bahan api serta pertukaran wang asing.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia syarikat itu menyatakan pendapatan melonjak kepada RM370.61 juta daripada RM142.09 juta, didorong pendapatan kargo lebih baik.


Melalui unitnya, Teleport, hasil kumpulan syarikat penerbangan itu mula bertambah dari tahun ke tahun selepas ia secara strategik mengembangkan rangkaian kargo dalam mewujudkan kehadiran di pasaran dengan mengendalikan lebih banyak penerbangan pajakan disamping, lebih banyak perkhidmatan penghantaran.


"Meneruskan pertumbuhan momentum pendapatan suku pertama 2021, perolehan daripada pendapatan Teleport menokok tiga kali ganda berbanding suku kedua 2021," kata AirAsia Group.


Teleport terpaksa mengurangkan margin untuk secara signifikan, berkembang pada laluan tertentu dalam penerbangan pajakan kargo bagi menguasai sebahagian pasaran dan mencapai rangkaian kargo yang konsisten serta boleh dipercayai, manakala rangkaian penumpang AirAsia dioperasikan pada tahap minimum.


Pendapatan untuk perniagaan syarikat penerbangan pada suku kedua adalah RM187.8 juta, hampir tiga kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama sebelumnya, yang menyaksikan operasi armada kumpulan terhenti bagi sebahagian besar suku tahun akibat kesan COVID-19 pada awal 2020.

Di Malaysia, permintaan perjalanan masih dikekang susulan sekatan pergerakan dan perjalanan antara negara yang dikenakan sejak Januari 2021.


Namun, melalui pengurusan kapasiti yang ketat, AirAsia Malaysia melaporkan faktor muatan sebanyak 64 peratus pada suku kedua.






3 views0 comments

Commentaires


bottom of page