top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

airasia food Perluas khidmat Ke Johor Bahru, Melaka




Platform perkhidmatan penghantaran makanan oleh airasia Super App, airasia food melancarkan perkhidmatannya secara serentak ke dua buah bandar utama iaitu Johor Bahru dan Melaka.


Syarikat itu dalam kenyataan media pada 25 Ogos 2021/Rabu berkata, ia menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan untuk semua dengan tambahan nilai.


Katanya, ia juga adalah berita baik untuk pengusaha makanan dan minuman kecil tempatan kerana mereka boleh memanfaatkan caj komisen terendah dalam industri menerusi airasia food.


Untuk menyambut pelancaran di dua lokasi baharu ini, pelanggan di Johor Bahru dan Melaka dapat menikmati promosi ikonik airasia food iaitu HIDANGAN PERCUMA dari sekarang hingga 6 September 2021.


Pengguna airasia Super App hanya perlu klik pada ikon 'Food' untuk menempah hidangan mereka atau layari airasia.com/food.


Ketua e-Dagang airasia Super App, Lim Ben-Jie, berkata: "Kami memulakan airasia food dengan tujuan untuk mendemokrasikan industri penghantaran makanan, terutamanya untuk membantu pengusaha makanan dan minuman kecil tempatan yang berdepan dengan cabaran untuk bertahan dari segi kewangan berikutan caj komisen tinggi serta yuran lain yang dikenakan oleh platform penghantaran makanan lain.


Airasia food berbangga untuk meneruskan misi kami di dua buah negeri di Malaysia hari ini yang menandakan lokasi keenam dan ketujuh, dan tidak lama lagi di Ipoh sebagai lokasi kelapan.


"Caj komisen terendah dalam industri dan proses pendaftaran yang mudah oleh airasia food telah menjadikan platform kami sebagai pilihan dan kira-kira 80 peratus peniaga tempatan yang berdaftar adalah pemilik restoran persendirian atau penjaja. Kami juga amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa 88 peratus peniaga di semua lokasi menerima peningkatan pesanan sejak mendaftar dengan airasia food.


"Selain itu, peniaga kecil boleh memanfaatkan inisiatif pemasaran strategik kami seperti promosi HIDANGAN PERCUMA yang sentiasa dijalankan dan kini terkenal di kalangan pelanggan dan peniaga kami," katanya.


Beliau berkata, selain pelanggan dan peniaga yang mendapat manfaat dari perkembangan airasia food ini, pasukan penghantaran juga akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan di kedua-dua buah negeri.


Pasukan penghantaran airasia akan mendapat faedah seperti menjana pendapatan sehingga RM2,000 seminggu, pulangan wang tunai sehingga RM2,000, elaun kerosakan telefon, perlindungan COVID-19, perubatan dan banyak lagi.
Sebagai Allstar (kakitangan airasia), mereka juga diberi peluang untuk mempelajari kemahiran baharu dan berkembang dalam organisasi syarikat dengan kerjaya pilihan mereka sama ada untuk menjadi sebahagian daripada syarikat digital atau penerbangan.

"Individu yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar menerusi laman web syarikat," katanya.

7 views0 comments

Comments


bottom of page