top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Air Selangor Muktamad Terbitan Sukuk RM1 bilion


Logo: Air Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyelesaikan terbitan RM1 bilion di bawah Program Sukuk Murabahah RM10 bilion sedia ada.

Dalam kenyataan media pada 1 November 2021/Isnin, Air Selangor berkata terbitan itu merangkumi terbitan sulung RM430 juta Sukuk Kelestarian Air Selangor (Sukuk SRI) dan bahagian kedua RM570 juta nota jangka sederhana Islam (IMTN) dalam empat siri dari tujuh tahun hingga 20 tahun.


"Hasil daripada Sukuk SRI digunakan membiayai projek yang layak selaras dengan Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan Air Selangor yang merangkumi bekalan air mampan dan projek pengurusan air mampan, semuanya selaras dengan strategi kemampanan Air Selangor," katanya.


Mengenai IMTN, Air Selangor berkata hasil itu digunakan membiayai perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja syarikat.


Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, apabila aktiviti pembangunan ekonomi meningkat, syarikat itu sebagai pengendali air terbesar di Malaysia, mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan penggunaan dan pengurusan air terawat secara mampan untuk pengguna dan generasi akan datang.


"Dipacu misi kemampanan, kami komited menerajui pengurusan air mampan menerusi inisiatif dan pelaburan yang menyumbang ke arah mengurangkan impak alam sekitar, sambil menyampaikan nilai bermakna merentas sektor ekonomi, alam sekitar dan masyarakat," kata Suhaimi Kamaralzaman.


Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Investment Bank Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd adalah pengurus utama bersama terbitan sukuk itu.


"Program Sukuk Murabahah disahkan semula sebagai penarafan jangka panjang dan jangka pendek AAA, masing-masing dengan prospek stabil dan P1 oleh RAM Rating Services Sdn Bhd pada 13 September 2021.


"Penarafan AAA menunjukkan keselamatan unggul untuk pembayaran obligasi kewangan manakala penarafan P1 mencerminkan keselamatan tinggi untuk pembayaran obligasi kewangan dalam jangka pendek," katanya.



5 views0 comments

Comments


bottom of page