top of page

Agrobank Tawar Pembiayaan Mikro Tanpa Caj Faedah

Writer's picture: MOHD EZLI MASHUTMOHD EZLI MASHUT

Logo: Agro Bank


Agrobank menawarkan pembiayaan mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus untuk tempoh enam bulan pertama dengan kemudahan moratorium sehingga enam bulan untuk menambah baik sektor pertanian negara.

Bank itu dalam kenyataan media pada 31 Oktober 2021/Ahad berkata langkah itu seiring dengan inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 iaitu peruntukan RM1.8 bilion yang disalurkan melalui skim kredit mikro di pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia (BNM).


Sementara itu, Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobankberkata bank itu berbesar hati berikutan di bawah Bajet 2022, peruntukan RM150 juta disediakan untuk pembiayaan keusahawanan belia melalui Agrobank dan BNM bagi meningkatkan sosioekonomi dan sumber pendapatan usahawan belia.


"Agrobank sedar peningkatan minat dalam kalangan belia serta sifat ingin tahu mereka mengenai pertanian, yang secara amnya tertumpu kepada penggunaan teknologi yang menarik dalam pertanian seperti dron untuk pengurusan ladang, pertanian menegak di kawasan bandar, ekosistem automatik dan sebagainya.


"Agrobank akan terus memainkan peranan untuk membantu dan memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk menceburi sektor pertanian," kata Khadijah Iskandar.

4 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


Subscribe to Our Newsletter

Thanks for submitting!

  • White Facebook Icon

© 2021 - 2025 Bisnes Selangor. Powered By Tezla Resources

bottom of page