top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Affin, Merchantrade Perkenal e-Dompet Saiz Nilai RM20,000


Grafik Sumber: Tangkap Layar Laman Sesawang Affin Bank

Affin Bank Bhd memperkenalkan Kad Prabayar Baharu Affin Merchantrade dengan e-dompet menerusi kerjasama Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade Asia) yang memberi pelanggan saiz dompet bernilai RM20,000.

Kad Prabayar Baharu Affin Merchantrade membolehkan pelanggan berurus niaga atau menghantar dana secara global merentasi 20 mata wang asing pada kadar pertukaran yang kompetitif tanpa caj pertukaran asing atau mata wang bersilang yang tersembunyi, kata Affin Bank dan Merchantrade Asia dalam kenyataan media bersama pada 29 Oktober 2021/Jumaat.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank berkata kerjasama terbaharu dengan Merchantrade itu menandakan usaha progresif bank itu dalam mengadaptasi penyesuaian digital dan memenuhi keperluan kewangan pelanggan semakin berkembang.


"Kad Prabayar Affin Merchantrade dihubungkan dengan aplikasi e-Dompet Wang Merchantrade disesuaikan untuk menangani isu pertukaran mata wang dan kiriman wang yang biasa dihadapi pelanggan bagi membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya wang mereka terutamanya bagi mereka yang kerap berurus niaga lebih daripada satu mata wang," kata Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.


Pengurus Visa Malaysia , Ng Kong Boon berkata Visa berbesar hati bekerjasama dengan Affin Bank dan Merchantrade untuk melancarkan produk memenuhi keperluan kewangan pengguna yang pelbagai sambil mempercepatkan negara ke arah masyarakat tanpa menggunakan wang tunai.


Pelanggan mahu maklumat lebih lanjut atau memohon Kad Prabayar Affin Merchantrade boleh memuat turun Merchantrade Money melalui App Store atau Google Play dan kod perkongsian 'AMPC' boleh dimasukkan ke bahagian 'Kod Perkongsian Kad'.

1 view0 comments

Commentaires


bottom of page