
GLOBAL | Kerajaan Portugal meluluskan undang-undang baharu mengharamkan majikan menghantar pesanan ringkas kepada pekerja selepas waktu bekerja.
Akhbar Mirror UK pada 9 November 2021 melaporkan bukan sekadar itu, majikan bahkan perlu membayar perbelanjaan yang perlu ditanggung pekerja disebabkan sistem bekerja dari rumah.
Menurut parti pemerintah, Parti Sosialis, peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu merupakan maklum balas kepada isu-isu dihadapi pekerja ketika pelaksanaan bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19.
Di bawah undang-undang baharu itu, syarikat perlu membayar perbelanjaan yang dikenakan akibat bekerja dari rumah seperti bil elektrik dan internet yang tinggi.
Majikan juga boleh dikenakan penalti sekiranya menghubungi pekerja selepas waktu bekerja.
Undang-undang baharu itu juga melarang majikan daripada mengawasi pekerja mereka ketika bekerja dari rumah.
Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan bekerja dari rumah disebabkan wabak Covid-19.
Walaupun bekerja dari rumah memberikan fleksibiliti kepada sebahagian besar penduduk, namun keperluan campur tangan kerajaan menjadi jelas disebabkan isu seperti ketidaksamaan akses internet.
Bacaan Lanjut:
1. Portugal makes it illegal for your boss to text you after work in 'game changer' remote work law
2. It's now illegal for bosses to text workers after hours in Portugal, as the country attempts to attract digital nomads with new labor laws
https://www.businessinsider.com/portugal-digital-nomad-labor-laws-boss-cant-text-after-hours-2021-11
3. Portugal bans emails, calls outside office hours in new work-life balance rules
Comments