top of page

UK Kawasan 'Hotspot' Kerap Dikunjungi UFO, Lebih 200 Pertembungan

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

The Yorkshire sightings date back to the 1990s(Image: examinerlive.co.uk)

LONDON – Daerah Yorkshire dilaporkan menjadi lubuk aktiviti objek terbang tidak dikenali (UFO) di Britain dengan lebih 200 pertembungan dilaporkan sejak dua dekad lalu.

Laman Sesawang Berita Daily Star pada 15 Oktober 2021/Jumaat melaporkan kawasan Yorkhire mencatatkan 192 laporan tentang UFO antara Mac hingga April tahun 2021 yang merupakan peningkatan 200 peratus berbanding tahun 2019.


Penampakan terbaharu berlaku pada 9 Jun 2021 di Leeds apabila dua UFO berbentuk segi tiga dan nipis dilihat terbang di langit sebelum berhenti di ruang udara sekitar jam 12.55 pagi (waktu tempatan).


Penyiasat paranormal tempatan dikenali sebagai Brian mendakwa bahawa dia terjumpa beberapa UFO semasa memeriksa bangunan-bangunan lama pada waktu malam.


“Mereka (UFO) tertarik kepada Yorkshire kerana ia kawasan tinggi, terbuka dan memiliki banyak pangkalan tentera yang tidak lagi digunakan.


“Terdapat lebih 100 pangkalan, kubu bawah tanah dan trek Tentera Udara Diraja Britain. Semua lokasi ini tidak diketahui ramai dan tersembunyi,” katanya.


Brian mendakwa bahwa dalam tempoh seminggu lalu, pasukannya telah melihat empat UFO dalam masa satu malam.


“Ia bukan penerbangan komersial kerana objek-objek tersebut terbang bersaing dalam laluan sama,” ujarnya.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page