
Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) terpaksa mengambil langkah keselamatan pada 15 November 2021 disebabkan ujian peluru berpandu anti-satelit Russia. Sumber Foto: NASA
GLOBAL | Ujian peluru berpandu anti-satelit (DA-ASAT) dilaksanakan Russia menyebabkan lebih 1,500 serpihan orbit dikesan di ruang angkasa lepas.
Agensi Berita Antarabangsa CNN pada 16 November 2021/Selasa melaporkan Amerika Syarikat (AS) mengutuk keras ujian anti-satelit Rusia pada 15 November 2021/ Isnin sehingga memaksa anak kapal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) masuk ke ruang keselamatan dalam kapal angkasa mereka untuk langkah awal perlindungan.
Ujian Russia itu dianggap AS sebagai "tindakan melulu dan berbahaya" dan AS "tidak akan bertolak ansur" tingkah laku yang meletakkan kepentingan antarabangsa dalam risiko.
US Space Command dalam kenyataan media mengulas isu itu berkata, peluru berpandu tersebut dilancarkan terhadap salah satu satelit milik Rusia, COSMOS 1408.
Menurutnya, Rusia menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab tanpa mempedulikan aspek keselamatan, kestabilan, dan kelestarian jangka panjang domain angkasa lepas untuk semua negara.
“Serpihan akibat peluru berpandu DA-ASAT Rusia menimbulkan ancaman berterusan terhadap aktiviti di angkasa lepas selama bertahun-tahun, ia meletakkan satelit dan misi angkasa lepas dalam risiko yang merbahaya.
“Perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab,” kata Panglima U.S. Space Command, Jeneral James Dickinson.
Pegawai AS itu menekankan ujian berkenaan memberikan kesan dalam jangka panjang dan potensi kejatuhan ekonomi global apabila membahayakan satelit di seluruh dunia yang menyediakan perkhidmatan telefon dan jalur lebar, ramalan cuaca, sistem GPS yang menyokong aspek sistem kewangan, termasuk mesin bank, serta hiburan dalam penerbangan serta radio dan televisyen satelit.
Dalam pada itu, USSPACECOM akan terus memantau dan melindungi aktiviti orbit kesemua negara di dunia ini daripada terjejas akibat serpihan tersebut.
Sementara itu Pentadbir Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) Bill Nelson dalam kenyataan media berkata dia berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Anak-anak kapal di dalam ISS perlu segera memakai pakaian angkasa mereka dan melompat ke dalam kapal angkasa mereka sekiranya stesen itu terkena serpihan yang lalu, menurut agensi angkasa lepas Rusia ROSCOSMOS.
Dua pegawai AS memberitahu CNN bahawa langkah berjaga-jaga adalah akibat langsung daripada awan serpihan yang disebabkan oleh ujian Rusia.
Pada masa ini terdapat tujuh angkasawan di ISS, termasuk angkasawan NASA Mark Vande Hei, angkasawan Rusia Anton Shkaplerov dan Pyotr Dubrov serta pasukan misi Crew 3 yang baru tiba, angkasawan NASA Raja Chari, Thomas Marshburn, Kayla Barron dan angkasawan Agensi Angkasa Eropah Matthias Maurer.
NASA berkata anak kapal telah dikejutkan dan diarahkan untuk menutup palka kepada modul jejari di stesen itu, manakala palka antara segmen AS dan Rusia kekal terbuka.
"Langkah berjaga-jaga tambahan untuk melindungi anak kapal telah dilaksanakan untuk dua laluan melalui atau berhampiran sekitar awan serpihan," kata kenyataan NASA.
Berikut adalah kenyataan media dikeluarkan NASA:
On Monday Moscow Standard Time, the International Space Station (ISS) Flight Control team was notified of indications of a satellite breakup that may create sufficient debris to pose a conjunction threat to the station. NASA Administrator Bill Nelson released the following statement about the incident:
“Earlier today, due to the debris generated by the destructive Russian Anti-Satellite (ASAT) test, ISS astronauts and cosmonauts undertook emergency procedures for safety.
“Like Secretary Blinken, I’m outraged by this irresponsible and destabilizing action. With its long and storied history in human spaceflight, it is unthinkable that Russia would endanger not only the American and international partner astronauts on the ISS, but also their own cosmonauts. Their actions are reckless and dangerous, threatening as well the Chinese space station and the taikonauts on board.
“All nations have a responsibility to prevent the purposeful creation of space debris from ASATs and to foster a safe, sustainable space environment.
“NASA will continue monitoring the debris in the coming days and beyond to ensure the safety of our crew in orbit.”
The crew was awakened and directed to close the hatches to radial modules on the station, including Columbus, Kibo, the Permanent Multipurpose Module, Bigelow Expandable Activity Module, and Quest Joint Airlock. Hatches between the U.S. and Russian segments remain open.
An additional precautionary measure of sheltering the crew was executed for two passes through or near the vicinity of the debris cloud. The crew members made their way into their spacecraft shortly before 2 a.m. EST and remained there until about 4 a.m.
The space station is passing through or near the cloud every 90 minutes, but the need to shelter for only the second and third passes of the event was based on a risk assessment made by the debris office and ballistics specialists at NASA’s Johnson Space Center in Houston.
Comentarios