
Beberapa hari ini dan beberapa hari akan datang media utama dunia dijangka terus mengeluarkan laporan beberapa negara di seluruh dunia kini berdepan dengan krisis tenaga global yang disifatkan semakin memburuk.
Krisis tenaga dunia mulai meluas, selain China dan Eropah kini giliran India.
Media melaporkan sebahagian daripada wilayah di China sudah mula mencatu penggunaan elektrik, banyak negara Eropah terpaksa membayar harga tinggi bagi mendapatkan bekalan bahan bakar dan dalam krisis terkini seluruh Lubnan terputus bekalan elektrik.
India turut terkesan dengan krisis yang berlaku apabila bekalan arang batu di negara itu didakwa semakin susut dan di Amerika Syarikat (AS), harga petrol meningkat sehingga AS$3.25 (RM13.60) berbanding AS$1.27 (RM5.30) pada April lalu.
Krisis itu didakwa berlaku atas pelbagai faktor, terutamanya ketika fasa pemulihan ekonomi apabila banyak negara mengeluarkan perbelanjaan minimum untuk mendapatkan bekalan bahan bakar sejak 18 bulan terakhir.
Selain itu, musim sejuk luar biasa di Eropah juga mengurangkan rizab tenaganya, termasuk beberapa siri taufan yang melanda sehingga menyaksikan telaga minyak di negara Teluk ditutup.
Situasi yang berlaku turut memburukkan hubungan antara China dan Australia, selain ‘kekurangan kapasiti angin’ di Laut turut menyumbang kepada krisis tenaga yang berlaku ketika ini.
Media turut melaporkan kesan daripada krisis ini menyebabkan banyak sektor industri dan makanan akan terjejas.
Berikut adalah tangkap layar sesawang yang melaporkan krisis tenaga elektrik sehingga menjejaskan ekonomi.












Comments