top of page

Pesawat Terbang TUDM, RAAF, RSAF Terbang Rendah Di Lembah Klang

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Foto Sumber: TUDM

Bermula 19 Oktober 2021 jika anda menyaksikan pelbagai pesawat pejuang terbang rendah di kawasan Lembah Klang usak panik kerana ia adalah latihan.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan media berkata ia adalah bersempena Malaysia sebagai tuan rumah bagi acara sambutan 50 Tahun Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan 11th FPDA Defence Ministers Meeting pada 21 Oktober 2021 di Kuala Lumpur.


Katanya acara terbang lintas (fly-past) melibatkan pesawat pejuang negara-negara anggota FPDA turut dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober 2021 jam 5.45 petang di Pangkalan Udara Subang.


"Latihan penerbangan melibatkan formasi-formasi penerbangan rendah serta taktikal di ruang udara sekitar kawasan Lembah Klang bermula pada 19 Oktober 2021," katanya.


Aset TUDM yang akan turut terlibat dalam acara terbang lintas ini adalah pesawat Su-30MKM dan Hawk.


Ditubuhkan pada 1971, FPDA disifatkan sebagai kerjasama ketenteraan kedua terbesar di dunia dan dianggotai Britain, Australia, New Zealand, Singapura serta Malaysia.


Seperti yang dipersetujui di bawah aturan pertahanan bersama itu, kelima-lima anggota FPDA perlu berunding antara satu sama lain jika berlaku pencerobohan atau ancaman dari pihak luar terhadap Malaysia atau Singapura.


Malaysia kali ini menjadi tuan rumah latihan membabitkan sejumlah lebih 2,000 peserta yang dirasmikan Panglima Markas Pasukan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad.

FPDA diwujudkan seumpama blok pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang berpusat di Belgium dan diasaskan sejak 1949, tetapi ia lebih kepada versi Asia Pasifik.


Bahkan, Kertas Putih dibentangkan Parlimen New Zealand pada 2016 lalu ada memaklumkan negara itu sedia melindungi Malaysia dengan apa cara sekalipun jika diserang musuh luar.


Laporan ini selaras jawapan bertulis di Parlimen Britain setahun sebelum itu mengesahkan FPDA mempertahankan Malaysia atau Singapura sekiranya berlaku perang tanpa diduga.-


Berikut adalah infografik formasi pesawat terbang rendah semasa acara terbang lintas sempena 50 tahun FDPA yang disediakan oleh TUDM






0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page