top of page

'Perang Harga' Khidmat Pasca Bayar Semakin Memuncak, Saingan Sengit

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Sumber Foto: Unsplash


TELEKOMUNIKASI | 'Perang harga' khidmat pasca bayar dalam kalangan syarikat telekomunikasi di negara ini terus sengit apabila masing-masing mula melanjutkan tawaran kuota serta had penggunaan baharu.

Ia bagi menarik pelanggan yang sebelum ini menggunakan khidmat prabayar kepada pascabayar, justeru menyebabkan persaingan yang semakin sengit, lapor BH Online pada 7 September 2022/Rabu.


CGSCIMB berkata, ini termasuk pemberian rebat bulanan yang menarik (lebih 2 hingga 12 bulan, hanya untuk pendaftaran dalam talian) dan kuota bonus bulanan 8 hingga 20GB yang besar (lebih 12 bulan).


Sementara itu, U Mobile pula menambah baik pelan 'Pascabayar 38' dengan menambah kuota hotspot 5GB.


"Walaupun ia mengalih keluar pelan GX68/P99 kuota tanpa had sebelumnya, pelan Pascabayar 68/98 baharunya masih disertakan dengan kuota asas 100/1000GB yang besar (walaupun kuota hotspot dikurangkan kepada 5GB), sementara kuota perayauan/panggilan masuk dinaikkan," katanya dalam satu nota penyelidikan.


CGSCIMB bagaimanapun berkata, bagi khidmat prabayar, tiada pergerakan baharu besar tetapi syarikat kekal berdaya saing.


"Walaupun tiada pergerakan penting, persaingan prabayar kekal ketat. Celcom melancarkan Xpax bulanan RM35/45 baharu (30/40GB), serta pelan Mix & Match (RM20 hingga RM42/bulan untuk 8 hingga 40GB, atau RM32 hingga RM42/bulan untuk kuota tanpa had dengan had kelajuan 3 hingga 6Mbps).


Ini katanya, lebih menarik daripada tawaran sebelumnya dan ia kini sepadan dengan tawaran yang ditawarkan oleh syarikat lain.


Digi juga terus menawarkan pelan NEXT 20 yang menarik (RM20/bulan untuk 15GB) selepas tamat promosi awalnya pada 31 Julai.


Ia membolehkan subs penggunaan ringan hingga sederhana berbelanja kurang daripada RM30/bulan (ARPU prabayar industri 2Q22: RM30 hingga RM33).


Hasil mudah alih naik 2.0 peratus suku-ke-suku (qoq), manakala tetap meningkat kukuh 12 peratus tahun-ke-tahun pada suku kedua 2022 (yoy 2Q22).


Hasil perkhidmatan industri mudah alih meningkat 1.8 peratys qoq (+1.4% yoy), terutamanya disebabkan oleh i) pemulihan separa dalam hasil perayauan, ii) pulangan beberapa pelancong /pekerja asing dan iii) pengewangan data yang lebih baik.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentários


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page