top of page

Pemegang Pas AirAsia Boleh Tebus Tiket Ke Langkawi

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT


Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia (Cuti-Cuti Malaysia) boleh menebus penerbangan percuma ke Langkawi atau mana-mana destinasi domestik yang tidak dapat dilakukan berikutan sekatan perjalanan sejak tahun 2020.

AirAsia Group Bhd dalam kenyataan media pada 24 September 2021/Jumaat berkata, inisiatif itu adalah penghargaan syarikat penerbangan tambang rendah itu kepada pelanggan yang terus setia menyokong pada masa mencabar ini.


"Penerbangan percuma ini untuk tempoh perjalanan dari 11 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022. Penebusan hanya boleh dibuat untuk penerbangan dengan kod AK.


"Tempahan mestilah dibuat 14 hari sebelum tarikh perlepasan untuk tempahan antara 27 September 2021 dan 27 Disember 2021," katanya.


Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata AirAsia menerima sambutan yang menggalakkan ketika melancarkan Pas Tanpa Had AirAsia (Cuti-Cuti Malaysia) tahun 2020.


Amanda Woo berkata ramai tetamu memanfaatkan pas berkenaan dengan melakukan perjalanan dan menikmati Cuti-Cuti Malaysia di seluruh rangkaian domestik kami merangkumi 16 destinasi. Akan tetapi, ada yang tidak dapat menggunakan pas mereka sepenuhnya berikutan sekatan perjalanan.


"Sebagai tanda penghargaan, kami ingin memberikan penerbangan percuma ke mana-mana destinasi domestik untuk pemegang Pas Tanpa Had (Cuti-Cuti Malaysia). Kami berharap mereka akan mengambil peluang ini untuk bercuti ke Langkawi atau membuat perjalanan penting ke destinasi-destinasi domestik," katanya.

Woo berkata, inisiatif itu juga untuk memacu pelancongan domestik Malaysia serta menyokong usaha kerajaan, terutama ketika pelaksanaan gelembung perjalanan Langkawi dan destinasi lain yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Katanya AirAsia melaksanakan beberapa langkah inovasi teknologi tanpa sentuhan dan penambahbaikan untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang mudah dan lancar kepada tetamu.


"Kini tetamu boleh menggunakan perkhidmatan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App, perlepasan tanpa sentuhan menggunakan FACES dan prosedur operasi standard (SOP) yang mantap bagi mengekalkan standard keselamatan tertinggi pada setiap masa.


"Penerbangan juga hanya dikendalikan oleh kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya dan ciri keselamatan di dalam pesawat menjadikan penerbangan sebagai kaedah pengangkutan yang paling selamat," katanya.




0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page