top of page

Malaysia dahului senarai 10 tempat paling selamat bersara di Asia kurang USD2,000 sebulan - Nasdaq

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Sumber Foto : Tangkap layar laman sesawang Nasdaq


Malaysia disenaraikan sebagai tempat persaraan terbaik di Asia selepas berada di kedudukan pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di rantau Asia dengan perbelanjaan kurang daripada US$2,000 sebulan.

Syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nasdaq dalam artikel di bahagian GoBankingRates pada 11 Julai 2023 untuk menyenaraikan negara berkenaan, ia memperoleh data daripada Kumpulan Rantau Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) WorldPopulationReview.


Ia juga memperoleh angka kos sara hidup daripada Numbeo dan Indeks Keamanan Global daripada Laporan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan 2022. Nasdaq juga sudah menetapkan bahawa negara itu perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 untuk melayakkannya disenaraikan.


Mendahului senarai itu ialah Malaysia dengan indeks keamanan global 1.471 dan purata kos sara hidup bulanan US$1,066.


"Malaysia di tempat pertama dengan indeks kos sara hidup 22.9, dan KDNK US$481.9 trilion. Dengan purata perbelanjaan bulanan lebih US$1,000, ia adalah tempat yang sangat baik untuk dipertimbangkan oleh pesara," menurutnya.


1. Malaysia

Global peace index: 1.471

Average monthly cost of living: $1,066

Malaysia takes the No. 1 spot with a cost of living index that is 22.9, and a GDP of $481.9 trillion. With average monthly expenses at just over $1,000, it's an excellent place for retirees to consider.


Sementara itu, Kuwait di tempat kedua dengan indeks keamanan global 1.739 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,741.


2. Kuwait

Global peace index: 1.739

Average monthly cost of living: $1,741

Kuwait's cost of living index is not as low as some of the other countries on this list, at 37.4, but overall cost of living combined with its global peace index score make it a great place to retire.


Menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Kuwait tidak serendah beberapa negara lain dalam senarai itu, iaitu 37.4, tetapi kos sara hidup keseluruhan digabungkan dengan skor indeks keamanan global menjadikannya tempat yang baik untuk bersara.


Menyusul di tempat ketiga ialah Mongolia dengan indeks keamanan global 1.775 dan purata kos sara hidup bulanan US$940, dan menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Mongolia terikat pada yang terendah dalam senarai dengan Indonesia, iaitu 20.2, namun KDNKnya adalah terendah dalam senarai itu, pada US$21 trilion.


3. Mongolia

Global peace index: 1.775

Average monthly cost of living: $940

Mongolia's cost of living index is tied for the lowest on the list with Indonesia, at 20.2, but its country GDP is the lowest on the list, at $21 trillion.


4. Vietnam

Global peace index: 1.786

Average monthly cost of living: $1,117

Vietnam's cost of living index is a low 24, but its GDP is higher than most on the list, at $462.6 trillion.


5. Indonesia

Global peace index: 1.800

Average monthly cost of living: $940

Indonesia's cost of living index is tied for the lowest on the list with Mongolia, at 20.2, but its country GDP is the highest on the list, at $1.4 quadrillion.


Vietnam di kedudukan keempat dengan indeks keamanan global pada 1.786 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,117, diikuti Indonesia dengan indeks keamanan global sebanyak 1.800 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$940 serta Jordan dengan indeks keamanan global sebanyak 1.849 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,331.


Kemboja disenaraikan di tempat ketujuh dengan indeks keamanan global 1.882 dan purata kos sara hidup bulanan US$1,387, diikuti Oman dengan indeks keamanan global 1.889 dan purata kos sara hidup bulanan US$1,513.


Disenaraikan di tempat kesembilan ialah Cyprus dengan indeks keamanan global 1.903 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$1,964, dan terakhir dalam senarai itu ialah Nepal dengan indeks keamanan global 1.947 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak US$684.


9. Cyprus

Global peace index: 1.903

Average monthly cost of living: $1,964

Cyprus's cost of living index is not the lowest on this list, at 42.2, and its country GDP is $30.1 trillion. The monthly expenditures are on the higher side for this list, but it's a peaceful place to call home.


10. Nepal

Global peace index: 1.947

Average monthly cost of living: $684

Nepal's cost of living index is a low 14.7, and its GDP is $39 trillion. Not only is it safe to retire here, it's incredibly affordable.



0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page