top of page

Lebih Separuh Tumbuhan, Haiwan Di Antartika Mungkin Pupus Kesan Perubahan Iklim

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Sumber Foto: Unsplash


GLOBAL | Lebih separuh spesies asli Antartika berkemungkinan pupus menjelang akhir abad ini andai kadar pemanasan global berterusan, menurut penyelidikan terkini yang diterbitkan pada 22 Disember 2022/Khamis.

Satu kajian dalam jurnal PLOS Biology mendapati 65 peratus spesies tumbuhan dan haiwan Antartika, termasuk penguin, mungkin lenyap jika dunia tidak melakukan sesuatu untuk mengurangkan pelepasan bahan api fosil.


Kajian berkenaan juga menunjukkan bahawa usaha pemuliharaan yang dilakukan di Antartika ketika ini didapati tidak berfungsi ekoran perubahan pesat di benua itu, lapor United Press International (UPI).


Penyelidik membuat kesimpulan bahawa dengan membuat penambahan ke atas strategi kos efektif, boleh menjimatkan sehingga 84 peratus kepelbagaian biologi Antartika.


"Sebenarnya Antartika tidak menyumbang kepada perubahan iklim; orang yang tinggal di sana tidak ramai, jadi ancaman terbesar kepada benua itu datang dari luar.


"Kita benar-benar memerlukan tindakan global terhadap perubahan iklim serta beberapa lagi usaha pemuliharaan di peringkat tempatan dan serantau untuk memberi peluang terbaik kepada spesies Antartika terus hidup pada masa hadapan," kata pengarang utama kajian itu, Jasmine Lee kepada CNN.


Kajian itu juga menunjukkan bahawa ais laut yang hilang akan mengancam penguin maharaja dan Adelie yang bergantung kepada ais dari April hingga Disember.


"Spesies ikonik itu berdepan risiko dan amat menyedihkan bila memikirkan mengenai Antartika satu hutan belantara hebat yang terakhir di planet ini dan kesan perbuatan manusia sedang disaksikan dan dirasai di sana," kata Lee.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page