top of page

KRISIS RUSSIA-UKRAINE : Harga Gandum Melonjak Paras Tertinggi Dalam Tempoh 13 Tahun

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT


GLOBAL | Harga gandum melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 13 tahun, meneruskan rali yang menambah kepada kebimbangan inflasi di seluruh dunia.

BLOOMBERG NEWS pada 25 Februari 2022/Jumaat melaporkan peningkatan harga berlaku apabila serangan Russia ke atas Ukraine meletakkan sumber bekalan global berada dalam risiko.


Niaga hadapan di Chicago meningkat setinggi 2.8 peratus kepada AS$9.6075 segantang, sebelum susut sedikit.


Kenaikan dihadkan apabila harga melonjak ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh bursa berkenaan.


Harga jagung dan kacang soya turut melonjak, manakala harga sawit susut sedikit di Malaysia selepas mencecah paras tertinggi dalam sejarah.


Russia dan Ukraine adalah pembekal utama beberapa tanaman pertanian ke rantau seperti Asia dan Asia Barat.

Konflik itu berpotensi menjejaskan aliran perdagangan global.


Kedua-dua negara itu merangkumi lebih suku daripada dagangan gandum dunia, kira-kira satu perlima jualan jagung dan 80 peratus eksport minyak bunga matahari.


"Harga makanan sudah sedia tinggi," kata Ketua Ahli Ekonomi HSBC Holdings Plc berpangkalan di Sydney, Paul Bloxham.


"Kenaikan tambahan harga komoditi adalah sesuatu yang akan terus meningkatkan tekanan inflasi utama. Banyak ekonomi baharu muncul masih berdepan impak langsung daripada pandemik, jadi bukan hanya kejutan yang perlu ditangani."


Konflik Russia-Ukraine sudah pun memberi kesan kepada sektor pertanian.

Beberapa pedagang tanaman utama seperti Bunge Ltd terpaksa menutup operasi di rantau berkenaan, manakala Mesir yang juga pengimport gandum terbesar dunia, membatalkan tendernya selepas menarik tawaran tunggal bijirin Perancis.


Penanda aras gandum di Chicago berada 0.9 peratus lebih tinggi pada AS$9.4350 jam 6.55 pagi waktu London, selepas meningkat ke paras tertinggi sejak Jun 2008 semasa awal sesi.


Jagung meningkat 1.3 peratus kepada AS$6.9950 segantang, manakala kacang soya menokok 0.6 peratus.

Harga sawit susut sebanyak 5.3 peratus kepada RM6,112 satu tan, jatuh buat kali pertama dalam tujuh sesi dagangan.


0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page