top of page

Kopi Boleh Jadi Penyebab Tekanan?

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT



Dapat merasai kelazatan dan menghirup kopi pada awal pagi dan waktu tertentu adalah antara saat yang membahagiakan dan menenangkan.


Ia sudah menjadi sebahagian gaya hidup sesetangah individu dan seolah olah ada yang tidak kena jika sehari tidak dapat menikmati secawan kopi.


Namun adakah anda mengetahui bahawa minum kopi juga antara penyebab yang boleh menyebabkan tekanan?


Menurut laporan portal MStar pada 6 Jun 2021, pendapat itu berdasarkan kajian oleh Ryan S. Patel pada 2017 yang diterbitkan oleh Universiti Ohio.


Ryan dalam kajiannya memberitahu segelas kopi mampu meningkatkan hormon epinefrin dan karsitol yang menyebabkan tekanan.

Dalam satu pemerhatian dilakukan terhadap 25 koresponden yang diberi kafein secara berkala menunjukkan ia meningkatkan tekanan darah dan kadar norepinefrin yang menyebabkan tekanan.


Kesemua koresponden itu menunjukkan tanda-tanda tekanan meskipun mereka berada dalam keadaan sihat sebelum ujian dilakukan.


Menurut laporan itu dalam kuantiti sederhana, pengambilan kafein pada kebanyakan orang mungkin tidak menjadi masalah namun ada pula yang menunjukkan tanda-tanda tremor atau jantung berdebar selepas minum segelas kopi.


Secara dasarnya, kafein dalam kopi akan menuju ke reseptor adenosin di otak, jantung dan tempat lain yang membuatkan seseorang lebih segar.


Kafien juga akan mengaktifkan kelenjar pituitari yang berada di bahagian bawah otak. Akibatnya, adrenalin akan meningkat dan seseorang akan masuk dalam mod bertenaga.
Perkara itu menyebabkan seseorang akan semakin bersemangat bekerja selepas minum kopi dan tidak hairan ramai mengamalkannya demi memberi fokus kepada tugasan.

Bagaimanapun, tabiat minum kopi dalam jumlah yang banyak boleh membuatkan seseorang hilang kawalan dalam mengatasi tekanan.


Sebuah kajian pada 2021 yang diterbitkan oleh Molecular Psychiatry mendapati penggemar kopi biasanya memiliki hubungan lebih sedikit pada bahagian pemprosesan emosi di otak mereka.


"Kafien secara tidak langsung akan menyebabkan lebih banyak tekanan daripada membantu menghilangkannya," katanya.


Bersandarkan kepada kajian ini kita perlu bijak untuk menjaga kesihatan dan pemakanan seharian. Anda bijak anda sihat.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page