top of page

Kapal Angkasa Star Wars Mendarat Di Tanjong Karang

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Updated: 22 Ogo 2021


Foto: Hasil Kreativiti Zahir Batin


OLEH: MOHD EZLI MASHUT


Keheningan dan kedamaian kawasan sawah padi di Tanjung Karang Selangor dikejutkan dengan kehadiran objek kapal angkasa ala Star Wars yang tiba-tiba mendarat di kawasan itu.


Gempar dengan penemuan itu penduduk kampung berpusu-pusu tidak melepaskan peluang melihat kehadiran objek kapal angkasa dipercayai dari luar angkasa lepas.


Malahan kehadiran Tentera Strormtrooper mahu meminjam motor serta meninjau kawasan sawah padi itu turut menggemparkan penduduk.


Ketika ini dunia dikejutkan dengan filem terbaharu Star Wars dengan sekuel 'The Last Jedi' apabila berjaya mencatat kutipan setakat 18 Disember 2017 mencecah RM1.83 bilion di seluruh dunia.


Suasana itu adalah imaginasi fantasi penulis bagi menggambarkan suasana hasil melihat foto dihasilkan Zahir Batin atau nama sebenar Zahirudin Ali menghasilkan suasana ala futuristik Star Wars yang dihasilkan pada sekiar 2015.


Beliau adalah seorang jurugambar tempatan yang menampilkan watak dan objek popular dari filem Star Wars beberapa tahun lalu.


Strormtrooper, T.I.E starfighter, X-Wing, AT-AT dan Ewok adalah antara karekter popular Star Wars yang dimasukkan dalam koleksi The Intruder.


Menggunakan mainaan kecil dan daya sentuhan kreativiti berjaya menghasilkan satu siri imaginasi manipulasi photo apabila Star Wars melanda kawasan sawah padi di Tanjung Karang, Selangor.


Jurugambar, Zahir Batin mengabadikan elemen-eleman dari siri filem Star Wars bersama dengan permandangan kampung indah di Selangor.


Sebelum ini Astro Awani pada 28 Julai 2015 melaporkan Zahir berkata idea untuk menggabungkan dua elemen ini datang secara spontan dan didorong oleh perasaan ingin tahu.


Menurut beliau semua foto dirakam di sekitar kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang.


Jom saksikan kreativiti Zahir Batin :






0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page