top of page

Kapal Angkasa NASA Rempuh Asteroid Uji Sistem Pertahanan Bumi

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Sumber Foto : NASA

ANGKASA LEPAS | AMERIKA SYARIKAT: Kapal angkasa Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meluncur melalui sistem suria pada kelajuan hipersonik dan menghentam secara sengaja asteroid.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS pada 27 September 2022/ Selasa melaporkan ia bermatlamat merealisasikan misi pertama seumpamanya untuk melindungi bumi.


Ia adalah percubaan pertama manusia untuk mengubah gerakan asteroid atau mana-mana badan angkasa, kira-kira 10 bulan selepas DART dilancarkan.


Strim secara langsung menerusi laman web NASA itu menunjukkan imej yang diambil oleh kamera DART, ia meluncur ke arah asteroid Dimorphos yang dianggarkan sebesar stadium bola sepak, sekitar jam 7 malam (2300 GMT) kira-kira 6.8 juta batu (11 juta kilometer) dari bumi.


Misi ini direka untuk menentukan sama ada kapal angkasa mampu mengubah trajektori asteroid melalui daya kinetik, menolaknya dari laluan yang boleh mengundang bahaya kepada bumi.


Sama ada ia berjaya mencapai sasaran diharapkan masih belum diketahui sehingga pemerhatian teleskop lebih lanjut ke atas asteroid dilaksanakan bulan depan.


Bagaimanapun, pegawai NASA memuji hasil eksperimen yang dibuat dan jelas mereka kapal angkasa itu kelihatan berfungsi sebagaimana rekaannya.


DART yang dilancarkan oleh roket SpaceX pada November 2021 melakukan sebahagian besar pelayarannya di bawah bimbingan pengarah penerbangan NASA dengan kawalan diserahkan kepada sistem navigasi autonomi pada jam terakhir perjalanan.



Sumber Illustrasi : NASA


Hasil ujian itu dipantau dalam tempoh hampir sama dari pusat operasi misi di Makmal Fizik Gunaan Universiti Johns Hopkins (APL) di Laurel, Maryland.


Sorakan oleh jurutera di dalam bilik kawalan didengari apabila imej asteroid yang disasarkan semakin besar dan akhirnya memenuhi skrin TV sejurus sebelum isyarat kapal angkasa itu hilang, mengesahkan ia telah berjaya merempuh Dimorphos.


Untuk rekod, misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.



0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page