top of page

Juruterbang Helikopter Eurocopter Terhempas Di Bidor Maut

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

TRAGEDI | Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta sewaktu pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak di lokasi kejadian di Hutan Simpan Chikus pada 12 September 2022/Isnin yang mengorbankan seorang juruterbang warga Hong Kong. Sumber Foto : Bomba/ 12 September 2022



TRAGEDI | Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara KL di Bidor pada 11 September 2022/Ahad ditemui maut di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak pada 12 September 2022/Isnin.

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan TUDM, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terbabit dalam SAR ini, lapor BH Online.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam, dipecahkan kepada dua sektor di Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan.


Katanya, operasi disambung semula sejak jam 8 pagi dilakukan di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan.



Bangkai helikopter ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam Hutan Simpan Chikus di Bidor. - Foto ihsan PDRM


"Operasi SAR dilakukan dengan menumpukan pencarian di lima kilometer radius dari titik terakhir helikopter dikesan selepas terputus hubungan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).


"Kita akan memberi tumpuan kepada lokasi terakhir juruterbang berkenaan terputus hubungan di sekitar Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan," katanya kepada media di Balai Polis Bidor.


Wan Azharuddin berkata, keseluruhan sebanyak 10 anggota dan 197 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Jabatan Perhutanan, SMART Team.






"Selain itu, operasi pencarian turut disertai unit dron, Pasukan Sukan Udara, Kelab Paramotor Sitiawan. Operasi pencarian turut dibantu satu helikopter daripada unit udara PDRM," katanya.


Sementara itu BERNAMA pada 12 September 2022 melaporkan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan mendapati juruterbang tersebut dikenali sebagai Tsz Kin Richard Chan, 58 tahun merupakan warganegara Hongkong dan keluarganya telah dimaklumkan oleh pihak syarikat.
Menurutnya, bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta itu telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Pada 11 September 2022, media melaporkan, sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubunsan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari.


Helikopter milik syarikat swasta itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang.


Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari.



Bangkai helikopter ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam Hutan Simpan Chikus di Bidor. - Foto ihsan PDRM




Tangkap layar laporan Twitter BERNAMA pada 12 September berkenaan nasib juruterbang helikopter yang terhempas di Bidor




TERKINI / UPDATE KEMASKINI: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong
12:15PM 12 September 2022

Saya menerima laporan bahawa mangsa masih hidup ketika ditemui di lokasi nahas helikopter di Kg Kenangan, Bidor. Namun mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.


Petunjuk awal menunjukkan mangsa masih hidup di lokasi nahas apabila ditemui pada jam 8:18 pagi. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri semasa pasukan penyelamat sedang menguruskan dalam misi menyelamat tersebut.


Pihak berkuasa termasuk CAAM dan SAR kini sedang menunggu pengesahan daripada hospital mengenai punca kematian.

..........


UPDATE: 12:15PM


Tragically, I have now received a report that the victim who was recovered from the helicopter crash site in Kg Kenangan, Bidor, had sadly succumbed to the severity of his injuries.


Early indications had shown that the victim was alive at the time the crash site was detected at 8:18am. However, we were informed that the victim had reportedly lost consciousness during the rescue and was attended to by rescuers.


Authorities including CAAM and the SAR are now awaiting confirmation from the hospital on the cause of death soon



TRAGEDI | Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta sewaktu pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak di lokasi kejadian di Hutan Simpan Chikus pada 12 September 2022/Isnin yang mengorbankan seorang juruterbang warga Hong Kong. Sumber Foto : Bomba/ 12 September 2022


TRAGEDI | Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta sewaktu pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak di lokasi kejadian di Hutan Simpan Chikus pada 12 September 2022/Isnin yang mengorbankan seorang juruterbang warga Hong Kong. Sumber Foto : Bomba/ 12 September 2022



TRAGEDI | Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta sewaktu pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak di lokasi kejadian di Hutan Simpan Chikus pada 12 September 2022/Isnin yang mengorbankan seorang juruterbang warga Hong Kong. Sumber Foto : Bomba/ 12 September 2022



Bangkai Helikopter Eurocopter EC120B Ditemui RESCUE01

Mayat juruterbang dan bangkai helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas di Bidor, Perak, pada 11 September 2022, ditemui berhampiran Kampung Kenangan jam 8.18 pagi 12 September 2022.


Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo, berkata pesawat pendaftaran N409HH itu ditemui oleh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), RESCUE01.


"Combat Air Rescue (CAR) TUDM berada di darat untuk membantu membawa mangsa dari lokasi kejadian.


"RESCUE01 membawa mangsa dan mendarat di Padang Sekolah Anderson jam 10.30 pagi sebelum dibawa ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.


"Bagaimanapun, mangsa tidak sedarkan diri ketika misi menyelamat dijalankan," katanya dalam kenyataan media pada 12 September 2022.


Voo berkata, penyelarasan mencari dan menyelamat (SAR) di Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) tamat sebaik semua unit SAR kembali ke pangkalan dengan selamat.


Jelas beliau siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.


"CAAM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan SAR daripada TUDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


"Terima kasih juga kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua organisasi yang terbabit dalam misi SAR ini," katanya.








0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page