top of page

Himpunan Seribu Kisah Dan Sejarah

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Foto Sumber: Majlis Daerah Kuala Selangor


Bukit Malawati di Kuala Selangor sebenarnya menyimpan seribu kisah dan sejarah penting Negeri Selangor sejak ratusan tahun lalu.

Di kawasan Bukit Melawati terletaknya Makam Sultan, batu hampar, pusara Panglima Hitam dan busut Malawati.


Selain itu, terdapat telaga tujuh, telaga beracun, tangga seratus, padang silat, meriam serta gua simpanan harta istana seperti keris, lembing dan barang berharga.


Makam Diraja Selangor terdiri daripada tiga makam Sultan Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778), Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826) dan Sultan Selangor Ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857)



1. Tangga Seratus


Nama yang diambil daripada bilangan anak tangganya berjumlah 100. Tangga yang diperbuat batu granit ini adalah laluan utama untuk ke pintu kota istana. Pada zaman dahulu, terdapat Pangkalan Batu Buruk di bawah tangga ini yang menjadi tempat sampan, perahu dan kapal berlabuh.



2. Busut Malawati


Terletak berhampiran pintu kota. Ia adalah tempat sultan bersemayam dan tempat berkumpul tetamu istana. Ia juga dijadikan gelanggang untuk bersabung ayam.


3. Batu Hampar


Terdapat kisah yang mengatakan ia tempat memancung kepala penderhaka. Namun, Yusoff berpendapat maklumat itu tidak benar kerana hanya seorang pernah dipancung kepala di batu ini, iaitu seorang gadis istana yang berzina dan darahnya disiram di sekeliling istana.


4. Pusara Panglima Hitam


Dipanggil Panglima Hitam kerana berkulit gelap, selain sering memakai tengkolok, baju dan seluar berwarna hitam. Dia adalah seorang pegawai istana dan dihormati rakyat ketika itu. Ia juga dianggap simbol kehebatan dan `semangat' orang Melayu, selain taat kepada sultan.



5. Telaga Tujuh


Asalnya sebuah telaga yang mempunyai tujuh mata air yang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Bagaimanapun, kini hanya tinggal beberapa buah kerana yang lain sudah tertimbus. Sebelum ini, ada segelintir masyarakat menggunakan air telaga ini untuk membayar niat.



6. Perigi Beracun


Air perigi ini dikatakan berisi racun, iaitu hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi hingga ke paras dagu penderhaka sahaja. Dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka.


7. Meriam


Berdasarkan sejarah, terdapat 102 meriam milik kerajaan Selangor ketika itu, tetapi sebanyak 68 buah dirampas oleh Belanda. Kemudian, sebahagian daripada meriam itu sempat dibawa lari oleh Sultan Ibrahim ke Bukit Raja, Permatang. Atas sebab itu, ketika ini hanya tinggal beberapa buah meriam di atas Bukit Malawati.


Meriam ini dikatakan adalah meriam buatan tangan orang Melayu, malah reka bentuknya ada persamaan dengan meriam `Tok Bedil' yang terdapat di tebing Sungai Kelantan dan Kampung Sungai Pinang, Kelantan.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Bình luận


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page