top of page

Hampir 100 Maut, Puting Beliung Paling Dahsyat Dalam Sejarah 'Terjah' Amerika Syarikat

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Tangkap layar twitter TheNPCShow


GLOBAL | Salah satu puting beliung maut berlaku di Amerika Syarikat pada 11 Disember 2021 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 maut dan kemungkinan angka korban terus meningkat.

Kejadian itu mencatatkan rekod untuk puting beliung berterusan paling lama dalam sejarah Amerika.


Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan kerosakan akibat ribut taufan yang melanda sebahagian Amerika Syarikat (AS) sebagai satu daripada ribut terburuk dalam sejarah negara itu.


"Ia tragedi dan kita belum mengetahui lagi berapa banyak lagi kematian dan kerosakan yang dialami," katanya dalam ulasan di televisyen, lapor AFP pada 11 Disember 2021.


Ketika ditanya adakah taufan yang membadai disebabkan perubahan iklim, beliau tidak dapat menjelaskan perkara itu, sebaliknya meminta Agensi Perlindungan Alam Sekitar untuk merungkai persoalan itu.


"Apa yang kita tahu, segala-galanya akan berisiko apabila iklim menjadi panas. Jelas sekali memang ada kesannya," katanya.


Media Amerika Syarikat melaporkan Gabenor Kentucky, Andy Beshear, berkata beliau yakin angka korban di barat Kentucky itu mungkin melebihi 50 orang berikutan pekerja mencari dan menyelamat (SAR) masih bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.


Beliau berkongsi anggaran angka itu ketika ditemubual melalui panggilan telefon oleh stesen televisyen, WLKY-TV Louisville.


Kemudian, pada satu sidang media, Beshear memaklumkan angka korban itu mungkin mencecah 70 hingga 100 orang membabitkan lima atau lebih negeri.


Beshear berkata puting beliung tunggal itu melanda negeri terbabit secara berterusan dengan kelajuan sehingga 320 kilometer sejam (km/j) disusuli sekurang-kurangnya empat puting beliung berbeza.


#Quad-State Tornado












Foto Sumber: Facebook/ Tangkap layar twitter TheNPCShow/ Accu Weather

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page