
Sumber Grafik: Twiter WCCB
GLOBAL | Gempa bumi kuat dengan magnitud awal 7.4 melanda Laut Flores di selatan Indonesia, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan untuk pantai berdekatan.
Gempa bumi yang melanda pada 11:20 pagi waktu tempatan pada 14 Disember 2021/Selasa, berpusat di Laut Flores, kira-kira 100 kilometer (62 batu) di utara Maumere, salah satu bandar terbesar di Pulau Flores, yang terletak di barat Timor-Leste ( Timor Timur).
Agensi seismologi Indonesia meletakkan magnitud awal gempa bumi pada 14 Disember 2021/Selasa pada kekuatan 7.4, turun daripada anggaran awal 7.5, dengan kedalaman hanya 10 kilometer.
Sementara Pusat Kajian Geologi A.S. (USGS) meletakkan pada kekuatan magnitud pada 7.3, turun daripada bacaan awal 7.6.
Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk pantai berdekatan, tetapi tiada ancaman tsunami di seluruh Pasifik.
Penyelaras mitigasi gempa bumi dan tsunami BMKG, Daryono, berkata tiada tsunami dikesan setakat 11.55 pagi waktu tempatan.
Indonesia terletak di kawasan dipanggil 'Lingkaran Api Pasifik', lengkok garisan sesar yang mengelilingi Lembangan Pasifik yang terdedah kepada gempa bumi yang kerap dan besar.
Gempa bumi berukuran 9.1 magnitud, salah satu gempa bumi paling kuat yang pernah direkodkan, melanda pantai barat Sumatera pada Disember 2004, menyebabkan tsunami besar yang melanda negara-negara di seluruh Lautan Pasifik. Sekurang-kurangnya 227,898 orang terbunuh.
Pada 2018, gempa bumi kuat menggegarkan pulau Lombok dan beberapa lagi gegaran menyusul dalam beberapa minggu selepas itu mengorbankan lebih 550 orang di pulau percutian dan Sumbawa yang berjiran.
Pada akhir tahun itu, gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami berikutnya di Palu di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang terkorban atau hilang.
Berikut adalah laporan dan maklumat berkenaan gempa bumi dan amaran tsunami
Video: Gempa Bumi Kuat Skala 7.4 Landa Laut Flores, Amaran Tsunami Dikeluarkan.
Masyarakat berdekatan pantai lari menyelamatkan diri.
KLIK> VIDEO DI BAWAH
Tangkap layar laman sesawang media tempatan Indonesia susulan gempa bumi dan amaran tsunam. Foto Sumber: https://prfmnews.pikiran-rakyat.com/

Sumber Grafik USGS

Sumber: BMKG

Sumber: BMKG

Sumber: BMKG

Peringatan dini TSUNAMI yang disebabkan oleh gempa mag:7.4 SR, tanggal: 14-Des-21 10:20:23 WIB, dinyatakan telah berakhir::BMKG
Comments