top of page

Fakta Menarik Mengenai Bukit Jugra

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Foto Sumber: Visit Selangor


1. Bukit Jugra berketinggian 400 kaki ini menawarkan pemandangan yang begitu indah mengasyikkan jiwa. Dari puncak bukit ini anda dapat melihat pertemuan antara Lautan Selat Melaka dengan Sungai Langat.


2. Bagi yang berjiwa fotografi, jangan melepaskan peluang untuk ke sini.

3. Angin dari kawasan bukit ini agak kuat membuatkan ia cukup terkenal dalam kalangan peminat aktiviti lasak paragliding.


4. Bagi anda yang tidak berani berparagliding, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah menerokai hutan simpan Bukit Jugra yang tidaklah segerun paragliding.


5. Di atas Bukit Jugra bukan ada satu tapi dua buah rumah api. Rumah api yang pertama telah didirikan pada zaman jajahan British dan terletak pada ketinggian 146 meter dari aras laut. Rumah api yang kedua pula dibina lebih rendah dengan ketinggian 25 meter pada tahun 1976.


6. Bagi anda yang berpeluang ke Rumah Api Bukit Jugra anda dapat menikmati panorama indah sekitar Kuala Langat yang menyajikan pemandangan Laut Selat Melaka dan Sungai Langat.


7. Aktiviti paragliding kendalian Paragliders Malaysia dan Prosky Adventure ini sesuai dilakukan belia kerana kosnya yang amat berpatutan dan pastinya itulah jiwa mereka yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.


Anda boleh meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.



BUKIT JUGRA


* Di buka pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898


* Tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka


* Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera.


INFO : PARAGLIDING


* Warganegara RM300 (pagi) RM400 (matahari terbenam)


* Pakaian yang sesuai dan kasut sukan


* Disertakan bersama gambar dan video penerbangan


* Sihat tubuh badan


* Berat badan individu tidak melebihi 200 kilogram


0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page