
Ikan Siakap (Jawi: ايكن سياكڤ) atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih merupakan ikan air tawar dan air masin dengan nama sainsnya Lates calcarifer.
Ia berisi putih mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan serta kaya dengan fosforus dan selenium yang menyumbang kepada pengambilan potassium.
Siakap mengandungi vitamin B1 yang sukar ditemui dalam ikan lain yang penting kepada sistem saraf dan membantu sistem jantung berfungsi normal serta membantu menguatkan jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Kandungan Vitamin A terdapat pada ikan siakap baik untuk kesihatan mata bagi mencegah kerosakan mata dan dapat menjaga kesihatan mata agar tetap jernih.
Selain itu, pengambilan ikan siakap dalam diet pemakanan dapat mengatasi masalah batu karang kerana ia mampu menghancurkan kristal batu karang yang kemudiannya akan keluar bersama air kencing.

Ikan jenis ini adalah spesies pemangsa yang mendiami sungai, dan air laut yang memakan anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur.
Ikan Siakap digemari dan menarik minat pemancing kerana keupayaan melawan mereka serta daya juangnya yang tinggi dan dikatakan amat bijak mengelakkan jaring dan selalunya ditangkap dengan menggunakan kaedah memancing
Ikan ini penting secara perdagangan; ia ditangkap secara antarabangsa dan diternak di akuakultur di Australia, Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Amerika Syarikat.
Industri ikan siakap Australia menghasilkan pengeluaran tahunan lebih dari 4,000 tan. Di sempadan wilayah Asia Tenggara pengeluaran dianggarkan melebihi 30,000 tan.
Ikan siakap diternak biasanya membesar dari ikan siakap remaja yang diternak sebelumnya, sepanjang antara 50 and 100 mm sehingga saiz meja 400-600g dalam tempoh 12 bulan dan sehingga 3.0kg dalam tempoh 18–24 bulan.
Ikan Siakap memiliki isi putih, berkeping, sungguhpun ikan air tawar yang lebih besar biasanya memiliki banyak lemak badan. Ikan Siakap laut pula dikatakan sedap dimakan.
Di Australia, ikan Siakap merupakan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya Inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia.
Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. Ini memberikan tekanan ekonomi besar pada pengeluar ikan Siakap Australia, bagi kedua-dua nelayan dan penternak kerana kos penghasilan tempatannya adalah jauh lebih tinggi kerana piwaian kawalan persekitaran dan keselamatan makanan yang dikenakan oleh kerajaan Australia.
Ikan siakap sering dimasak stim dengan air perahan lemon dan bawang putih, atau digoreng bersama serai lemongrass dan lain-lain cara masakan.
Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, dan ianya sering dilabel ikan Kerapu (snapper) atau sea-bass di dalam menu.
Jika mahu menu berkhasiat ia boleh dimasak dengan kaedah dikukus kerana tidak menggunakan minyak atau santan.
Sumber: 1 : Wikipedia
2 : Saji.my
Comentarios