top of page

Piala Sudirman : Benarkah Asal Nama Sudirman?

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Foto Sumber: KOMPAS


Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun merangkumi lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran.

Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia yang merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).


Kejohanan pertama merebut Piala Sudirman berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 2429 Mei 1989.


Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF.


Piala ini ditaja oleh PT Aqua Golden Mississippi Tbk, syarikat air galian Indonesia, yang semenjak 2000 bernaung dalam kumpulan Danone.


Piala ini memiliki ketinggian 80 cm diperbuat daripada emas yang disalut dengan perak mempunyai 22 karat (92%) dan bahagian bawahnya yang berbentuk oktagon diperbuat daripada kayu jati.


Reka bentuk piala ini seakan-akan menyerupai sebiji bulu tangkis dan dihiasi dengan replika candi Borobudur.


Pemegang piala ini mempunyai bentuk bunga sari, melambangkan taraf pemain handalan dunia dalam arena badminton.


Piala ini diperbuat oleh Masterix Bandung Company yang bernilai kira-kira US$15,000 bersamaan RM50,000.


Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan kelayakan diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada tujuh kumpulan untuk mengadakan perlawanan.


Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang trofi Piala Sudirman ini sementara pasukan kumpulan yang lain hanya bertarung di kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja.


Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan untuk berada di kedudukan terbawah untuk kumpulan pasukan itu, kecuali kumpulan yang mara ke pusingan akhir.


Piala Sudirman merupakan kejuaraan yang menggabungkan format Piala Thomas dan Uber.


Pada tahun 2021, Piala Sudirman 2021 berlangsung dari 26 September hingga 3 Oktober di Vantaa, Finland yang merupakan edisi ke-17.


Siapa Sudirman?

Foto Sumber: Tribun News


Dick Sudirman lahir di Pematang Siantar, Sumatera Utar pada 19 April 1922 adalah bekas atlet badminton Indonesia


Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 10 Jun 1986 memiliki jasa besar terhadap perkembangan badminton di Indonesia dan dunia.


Sudirman adalah salah seorang pengasas induk organisasi badminton iaitu Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).


Beliau juga pernah menjawat sebagai ketua PBSI selama 22 tahun, dari 1952 hingga 1963 dan 1967 hingga 1981.


Sudirman juga tercatat pernah memegang jabatan wakil presiden Federasi Bulu Tangkis Internasional atau International Badmiton Federation (IBF).


Sumbangan Sudirman terhadap badminton dunia sangatlah besar. Ia memiliki peranan penting dalam membantu penyatuan dua organisasi badminton dunia iaitu IBF dan WBF (World Badminton Federation).


Pada 1978, WBF memisahkan diri dari IBF sehingga membuat ada dua organisasi badminton dunia yang berjalan secara bersamaan.


Kemudian pada 1979, Sudirman memperkasa pertemuan secara tidak rasmi kedua organisasi itu di Bandung. Ia pun mencari jalan keluar supaya dua organisasi badminton itu boleh bersatu, termasuk mengadakan pertandingan persahabatan antara pemain dari kedua-dua persatuan dunia.


Cadangan Sudirman diterima dan menjadi dasar penyelesaian IBF dan WBF. Tepat pada 28 Mei 1981, kedua badan itu bersatu dan kini dikenal sebagai BWF.


Setelah Sudirman wafat karena penyakit yang ia derita pada 1986, teman lamanya dan Wakil Ketua PBSI Suharso Suhandinata mengirim surat kepada Presiden IBF Arthur Jones untuk mencadangkan kejohanan sebagai tanda penghormatan untuk Sudirman.


Gagasan Suharso itu kemudian dibincangkan pada pertemuan Dewan IBF pada 1986. Kemudian pada 1988, IBF membuka kemungkinan mengadakan kejuaraan beregu campuran dunia dan menerima tawaran Indonesia sebagai tuan rumah.


Disebabkan kalender kejohanan yang begitu ketat, Dewan IBF memutuskan bahawa kejuaraan yang diberi nama Piala Sudirman atau Sudirman Cup itu digelar bersamaan dengan Kejuaraan Dunia.


Pada 1989, Piala Sudirman edisi pertama pun diadakan di Jakarta. Dalam pertandingan itu, Indonesia menjadi juara usai mengalahkan Korea Selatan dengan kedudukan mata 3-2 pada perlawanan akhir.


Sumber Maklumat:

1. Kompas.com

2. Wikipedia






0 lihatan0 komen

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page