top of page

Cara terbaik guna pendingin hawa ketika cuaca panas

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Foto Sumber: Impiana


1. Amalkan penggunaan secara bijak untuk mengelakkan pengunaan tenaga tinggi dan memastikan penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.


2. Selaraskan suhu sistem pendingin hawa antara 24 hingga 26 darjah Celsius.


3. Selenggara pendingin hawa secara kerap dan menutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar bilik.


4. Pengguna disaran lebih kerap menukar dan membersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan potensi penyejukan kerana penapis kotor akan menghalang udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

5. Pada waktu malam, pasang kipas dan tetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan

6. Pengguna juga digalak menggantikan pendingin hawa lama kerana ia tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.


7. Bagi pengguna yang ingin membeli pendingin hawa baharu, dicadangkan memilih model mempunyai bilangan bintang kecekapan tenaga paling tinggi. Lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap tenaga.


8. Pemilihan saiz dan jenis pendingin hawa tepat iaitu bersesuaian dengan saiz bilik juga penting kerana kapasiti kuasa kuda (horsepower) pendingin hawa terlebih besar bukan sahaja lebih mahal, malah menggunakan tenaga elektrik lebih tinggi.


SUMBER: TENAGA NASIONAL

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Bình luận


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page