top of page

Bot Tempur TLDM Terlanggar KD Laksamana Tan Pusmah

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Tangkap layar rakaman bot tempur TLDM melanggar KD Laksamana Tan Pusmah semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut pada 29 Disember 2022


LUMUT: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, pada 29 Disember 2022/Khamis.

Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat, memaklumkan bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi bagi memintas bot mencurigakan.


Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m), manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan.


"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan.


"Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan media pada 30 Disember 2022.


Terdahulu, video rakaman kejadian perlanggaran berkenaan tular di media sosial.

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page