top of page

Bongkah Ais Greenland Cair, Risiko Cetus Banjir Besar Seluruh Dunia

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Grafik Sumber: Tangkap layar laman sesawang Jurnal Nature Communication yang diterbitkan pada 1 November 2021/Isnin


Kira-kira 3.5 trilion tan bongkah ais di Greenland yang mencair sejak sejak 2011 sehingga 2020 menyebabkan peningkatan permukaan air laut dunia sebanyak satu sentimeter, sekali gus meningkatkan risiko banjir di seluruh dunia.

Jurnal Nature Communication yang diterbitkan pada 1 November 2021/Isnin mendedahkan kumpulan pengkajinya menemui pergerakan ais mencair meningkat 21 peratus dalam tempoh empat dekad lalu.


Data disediakan Agensi Angkasa Eropah (ESA) itu turut menunjukkan 3.5 trilion tan ais mencair sejak 2011 memadai menghasilkan air mencukupi bagi menaikkan paras lautan di seluruh dunia dan meletakkan komuniti pantai kepada risiko kejadian banjir lebih tinggi.


Kajian sama turut mendedahkan, satu pertiga daripada ais mencair dalam dekad lalu muncul hanya dalam dua musim panas iaitu pada 2012 dan 2019.


Sebagai contoh, pada 2012, perubahan pada corak atmosfera menyebabkan udara panas luar biasa berlegar di atas lapisan ais selama berminggu-minggu, menyebabkan 527 bilion tan ais mencair.


"Sebagaimana dilihat di lokasi lain dunia, Greenland turut terdedah kepada peningkatan kejadian cuaca ekstrim.


"Apabila iklim menjadi semakin panas, adalah munasabah untuk menjangkakan kejadian pencairan ais melampau di Greenland akan berlaku secara lebih kerap." kata pengarang utama kajian itu dari Pusat Pemerhatian dan Pemodelan Polar, Universiti Leeds, Thomas Slater.


Jurnal itu berkata pengkaji menggunakan altimetri satelit CryoSat-2 untuk menghasilkan pengukuran langsung kebolehubahan larian Greenland, berdasarkan perubahan bermusim dalam ketinggian permukaan kepingan ais.


Walaupun ia adalah salah satu lokasi paling banyak dikaji di Bumi oleh ahli klimatologi, namun untuk julung kalinya penyelidikan itu menggunakan data satelit untuk mengesan pergerakan lapisan ais di Greenland.


Menurut pengarang bersama penyelidikan itu dari Universiti Lancaster, Britain, Amber leeson, berkata penggunaan data satelit membolehkan mereka membuat anggaran berhubung pencairan ais di Greenland dengan lebih cepat dan tepat untuk tahun tertentu dan menukarkannya kepada kenaikan paras laut yang setara.


Rujukan lanjut boleh baca di sini > Increased variability in Greenland Ice Sheet runoff from satellite observations

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Komen


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page