top of page

Beberapa kawasan Semenanjung Malaysia saksikan fenomena Sun Halo

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT

Suasana Sun Halo pada 2 Ogos 2021. Foto Sumber: Balai Cerap Al-Khawarizmi


FENOMENA ALAM | 2 OGOS 2021: Penduduk di Lembah Klang dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dapat melihat kejadian Fenomena Halo Matahari yang disifatkan jarang-jarang berlaku.


Fenomena itu berlaku apabila Matahari kelihatan di kelilingi Pelangi mula kelihatan kira-kira jam 11.30 pagi sehingga Jam 1.00 tengah hari.


Daripada kajian di laman sesawang fenomena itu berlaku disebabkan suhu udara di atas amat sejuk sehingga menyebabkan titisan air sedang membeku dan menjadi kristal dan berlaku pembiasan cahaya Matahari dan pecah membentuk lingkaran pelangi.


Beberapa pengguna Facebook mengambil kesempatan memuat naik gambar fenomena itu ke media sosial.


Merujuk kepada beberapa laporan laman sesawang sebelum ini,kejadian itu merupakan 'petanda' akan berlaku perubahan cuaca mendadak seperti ribut dan puting beliung dalam tempoh 48 jam.


Namun, laporan berlaku perubahan cuaca mendadak memerlukan kajian dan pendapat pakar hal kaji cuaca.


Dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo adalah antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.


Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang Matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.


Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.


Orang ramai diingatkan berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.




Panduan:


Dalam gambarajah di atas menunjukkan Matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs.


Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari.


Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.


Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.


Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul.



Sumber Grafik: Balai Cerap Selangor


Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.


Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.



Suasana fenomena Sun Halo kelihatan dari Sekinchan, Selangor pada 2 Ogos 2021. Foto Sumber: Mohd Ezli Mashut



Foto Sumber: Balai Cerap Selangor

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page